Penulis

download

Prof. Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’Mohd Asri Zainul Abidin merupakan Mufti Negeri Perlis bermula tahun 2015. Beliau dilahirkan pada tahun 1971 di Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H ini mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad, Seberang Perai dan selepas itu melanjutkanpelajaran di Kolej Islam Klang. Dr. Mohd Asri meraih Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari University of Jordan, Ijazah Sarjana (MA) Pengajian Islam dari Universiti Sains Malaysia (USM), Ph. D Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Al-Quran and Sunnah Studies) dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dan lima Ijazah Hadith Bersanad menerusi jalur ulama India.

Dr. Mohd Asri merupakan seorang kolumnis tetap mingguan di akhbar Mingguan Malaysia (Mac 2007 - sekarang), selain mencambah dan menyebar ilmunya di laman web beliau MINDA TAJDID: drmaza.com. Sejak tahun 2003, Dr. Mohd Asri sudah menghasilkan lebih 21 buah buku menerusi pelbagai saluran penerbitan. Di samping itu, beliau juga aktif dalam pembentangan kertas kerja sejak tahun 2004 sehingga 2008 dengan jumlah sebanyak 44 judul kertas kerja. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pernah menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis bermula 1 November 2006 sehingga 30 November 2008. Beliau yang juga seorang pensyarah tetap di Universiti Sains Malaysia (USM) kini sedang menjalani cuti sabatikal di United Kingdom (UK) di bawah USM.

PENDIDIKAN FORMAL:

Sek Men Agama Al-Irsyad, S. Perai, P.Pinang
Kolej Islam Klang


B.A (hons) B. Arab/Syariah University Of Jordan
M.A Pengajian Islam USM.Tajuk: Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah.
Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003)Tajuk:Sabab Wurud al-Hadith: Dirasat Tahliliyyat Bi Tarkiz Khas ‘ala al-Dawabit wa al-Ma’ayir.
IJAZAH HADITH: mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001). Sila lihat artikel:KEMBARA ILMU KE INDIA

ANUGERAH:

Darjah Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP), Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-62 DYMM Tuanku Raja Perlis.
Penerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H.
Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1429H
Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah USM Tahun 1430H

AKTIVITI SAMPINGAN:

Kolumnis Tetap Mingguan Ruangan Pena Mufti, Akhbar MINGGUAN MALAYSIA. (11 Mac 2007-30 Nov 2008).
Kolumnis Tetap Minda DR. MAZA dari UK, Akhbar MINGGUAN MALAYSIA (13 Disember 2008- sekarang)
Pemilik Laman Web ‘MINDA TAJDID’ : drmaza.com

PENERBITAN

Penyelewengan Buku “As-Salafiyyah al-Wahabiyyah: Satu Penilaian”. Persatuan Muhammadiyah, Singapura (2003).
Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah (edisi kedua). Pustaka Yamien Sdn. Bhd. Kuala Lumpur (2003).
Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
Selangkah Ke Arah Memahami al-Sunnah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
Bid’ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami. Jahabersa, Johor (2005).
Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Research Centre, International Islamic University, Malaysia. (2005).
Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Lebanon (second edition: 2006)
Risalah Koordinasi Ilmiah Ke-9: Islam Hadari. Jemaah Dato’-Dato’ Perlis.
Islam Liberal. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
Sunnah Mengenai Adab Perbezaan Pendapat Antara Rakyat Dengan Pemerintah. Kerajaan Negeri Perlis (2006).
Al-Imam al-Syafi’i: Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006)
Dasar Aparteid Terhadap Wanita Di Malaysia. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
Membela Islam: Tanggungjawab & Disiplin. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
Fanatik Mazhab: Kesan Terhadap Pemikiran Umat, Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2007).
Arus Tajdid: Fikrah Merentasi Jemaah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2007).
Hadis Palsu: Kesan Terhadap Pemikiran Umat. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2007)
Tajassus Dalam Operasi Pencegahan Munkar. Jabatan Mufti Negeri Perlis. (2008).
Adab-Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah. Jabatan Mufti Negeri Perlis. (2008).
Warisan al-Hadis: Antara Teras Dengan Dinamika Pemikiran. Penerbitan USM. (2008).
Mengemudi Bahtera Perubahan Minda. Utusan Publication. (2008)
Travelog Minda Tajdid: Catatan dari Tanah Barat, PTS Media Group (2011)
Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah; Merungkai Kontroversi, Menyingkap Realiti,PTS Media Group (2012)

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024