Sabariah Md Udin

Hajah Sabariah Md Udin Peguambela dan Peguamcara di Tetuan Sabariah & Partners. Memulakan persekolahan peringkat rendah di Sek. Keb. Seri Penanti dan kemudian menyambung peringkat menengah di Sek. Keb. Agama Al-Irshad, Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang sehingga tingkatan 6 atas. Beliau kemudian meneruskan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Undang-Undang dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1990. Buku Travelog Haji Muslimah; Rindu Menggamit Ke Pintu Syurga adalah karya asal Rindu Menggamit Ke Pintu Syurga (Memoir Perjalanan ke Baitullah) juga karya sulung beliau berdasarkan catatan peribadi ketika menjalani ibadah haji pada tahun 2003.