Penulis

Siti Hasnah Hamzah

Siti Hasnah Hamzah adalah pelajar tahun ke-3 yang sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Sistem Maklumat (IT). Beliau memulakan awal persekolahannya di Sekolah Rendah Islam Hira, Kelang pada 1991. Pada 1995 hingga 1996, beliau bertukar sekolah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Muda, Shah Alam. Mendapat pendidikan menengah rendah di SMKA Ma’ahad Hamidiah yang terletak di Kajang (1997-1999) dan menduduki PMR dengan cemerlang. Seterusnya pada tahun 2000, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Beliau melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi di Matrikulasi UIAM dari 2002 hingga 2003. Pada akhir tahun 2003, beliau memasuki Kampus Induk UIAM, Gombak. Semasa di UIAM, beliau bergiat aktif dalam kegiatan kemahasiswaan seperti komiti Minggu Taaruf (Orientasi Pelajar), Pesta Konvokesyen, Pesta Intelektual dan ahli Biro Penerbitan dan Multimedia dalam Majlis Perwakilan Pelajar UIAM. Selain itu, beliau juga melibatkan diri dalam kegiatan dakwah di luar kampus.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024