Penulis

Umi Kalthum Phd

Profesor Madya Dr. Umi Kalthum Ngah, (B.Sc. (Hons) Sheffield, M.Sc. (USM), Ph.D (USM)) menerima ijazah pertamanya B.SC. (Hons.) dalam bidang Sains Komputer/Matematik Gunaan dari University of Sheffield, United Kingdom pada tahun 1981.

Beliau menerima Ijazah Sarjana pada tahun 1995, dalam Kejuruteraan Elektronik (pengkhususan dalam bidang Pemprosesan Imej dan Sistem Berasaskan Pengetahuan) dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan kemudian menyambung pengajian dalam bidang dan universiti yang sama, dengan menerima Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 2007.

Bermula sebagai tutor di USM kampus induk sejak 1981, beliau kini berkhidmat di Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, USM Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Bidang penyelidikan beliau meliputi pemprosesan imej (terutama yang melibatkan imej perubatan), sistem berasaskan pengetahuan dan sistem pintar buatan (termasuk teknik pengoptimuman berinspirasikan biologi) dan kejuruteraan biomedik. Hasil kerja penyelidikan beliau telah diterbitkan dalam pelbagai jurnal diperingkat antarabangsa dan nasional, bab dalam buku serta prosiding persidangan dalam dan luar negara. Beliau adalah ahli seumur hidup Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS).

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024