Wakaf 1000 Tafsir - Kelebihan Berwakaf
Wakaf adalah salah satu syariat daripada Allah s.w.t. sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar kepada sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah ayat 261
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.
Menurut Buya Hamka melalui Tafsir Al-Azhar Juzuk 3 – Surah Ali Imran muka surat 54:
Apabila cinta dan takwa telah berpusat kepada Allah, harta benda dunia tidaklah lagi mengikat menebat hati orang yang beriman. Hidup yang dermawan adalah bukti yang amat nyata dari iman dan tauhid. Kalau hati masih lekat kepada harta benda sehingga menimbulkan bakhil, kikir, sempelit, kedekut, tandanya sisa syirik masih ada dalam hati. Tandanya harta benda itu masih dipersekutukan dengan Allah.