Artikel

Benarkah Ada Hantu di Perpustakaan?

oleh Syifa Wan pada 19 May 2016

Ulat buku? Gemar ke perpustakaan? Buat peminat kisah seram, anda pasti meminati siri terbaru Blank Book, iaitu 5 Kisah Seram Di Perpustakaan.

Buat pembaca yang gemar ke perpustakaan, anda pasti tidak berani untuk ke sana berseorangan selepas membaca buku ini.

Buku ini memaparkan kisah-kisah seram yang berlaku di perpustakaan. Antara kisah yang terdapat dalam buku ini adalah Pengawal Sekolah, Cari Saya?, Aku Nampak Apa Kau Nampak!, Mana Satu Kudin? dan Buku Terlarang.

Kisah Pengawal Sekolah mengisahkan tentang pengawal sekolah yang sering diganggu oleh hantu di perpustakaan setiap hari Jumaat.

Kisah Cari Saya? pula memaparkan kisah hantu perempuan yang ingin membalas dendam ke atas kematiannya di perpustakaan sekolah.

Kisah Aku Nampak Apa Kau Nampak! pula mengisahkan hal ngeri yang terjadi ke atas pengguna yang tidak menggunakan fungsi perpustakaan dengan cara yang betul.

Saya pasti selepas anda membaca kisah ini, anda tidak akan berani lagi untuk melakukan hal tidak sepatutnya dalam perpustakaan.

Kisah Mana Satu Kudin? menceritakan tiga sekawan yang diganggu oleh makhluk halus sehingga mereka keliru siapa sebenarnya sahabat mereka, iaitu Kudin.

Buku Terlarang pula mengisahkan seorang ulat buku yang mencuri buku yang tidak boleh dipinjam dari perpustakaan.

Saya yakin selepas membaca kisah ini anda tidak akan berani lagi untuk menyentuh atau mengambil mana-mana buku yang dilihat menyeramkan ataupun buku yang terjatuh dari rak.

Terdapat beberapa nilai yang boleh diambil berdasarkan kisah-kisah yang dimuatkan dalam buku ini. Antara nilai yang boleh diambil adalah perpustakaan ialah tempat membaca dan bukan tempat untuk melepak ataupun melakukan maksiat.

Kisah Aku Nampak Apa Kau Nampak! mengisahkan perkara ngeri yang berlaku kepada sesiapa yang tidak menggunakan fungsi perpustakaan dengan sepatutnya.

Antara kisah yang agak seram bagi saya ialah Mana Satu Kudin? dan Buku Terlarang. Kisah seram ini pasti membuatkan anda berfikir dua kali untuk pergi ke perpustakaan berseorangan. Jaga-jaga takut ada yang memerhatikan anda. Jangan pandang belakang tau. He he he he he

Kisah seram ini pasti membuatkan anda meremang. Pastikan anda berteman ketika membacanya. Hati-hati sekiranya pergi ke perpustakaan.


Selamat membaca semua!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024