Siti Aminah menawarkan Halimah anaknya Muhammad. Apabila Halimah mengetahui dia anak yatim, Halimah menolak pada mulanya. Ibu-ibu yang lain juga tidak mahu. Halimah tidak mendapat anak susu sehingga rombongan berangkat pulang. Akhirnya, Halimah menjadi ibu susu Muhammad selepas mendapat izin suaminya Harith.
Siti Aminah bermimpi melihat dirinya melahirkan anak lelaki bersama cahaya memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, “Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki.” Pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah atau mengikut ahli sejarah 50 hari selepas peristiwa tentera gajah Nabi Muhammad dilahirkan.
Meriahkan sambutan Maulidur Rasul pada tahun 1431 Hijrah ini dengan pelbagai buku berkenaan sirah, kisah hidup dan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. Memperingati kelahiran Rasulullah S.A.W akan membuatkan hati kita tergerak untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad dan memuji baginda seperti dituntut Islam.


