Kenapa Kita Perlu Bercakap Dengan Quran?

oleh Asri Yussof pada 08 Aug 2017

Syazreen Mohd, penulis buku Bercakap Dengan Al-Quran, terbitan Thukul Cetak pada awal-awal penulisnya sudah meletakkan satu fahaman asas terhadap Quran yang diambil dari Saidina Umar.

“Jika konteks berubah, permahaman Quran yang asli tidak lagi perlu dipraktikkan kerana tujuan aslinya sudah tiada lagi.”

Asas dari kefahaman Saidina Umar ini menguatkan lagi bahawa Quran mampu hidup dan terus relezan pada setiap zaman.

Buku Bercakap Dengan Quran tulisan penulis muda ini mengangkat isu yang jarang diangkat oleh para pejabat agama di mana-mana negeri di Malaysia pun atau dari kalangan Ustaz popular. Ini sesuatu yang luar biasa, dangan kelompongan fahaman kita kepada Quran, buku ini hadir memberikan naratif dan buah fikir yang berbeza.

Klik di sini untuk lebih banyak buku-buku terbitan Thukul Cetak di Bookcafe.com.my

MENARIK: Kisah Wartawan Al-Quran: Berjalan, Melihat & Mentafsir

Beliau menulis, Quran akan terus dilihat sebagai teks universal yang bergerak dalam proses dialektika kehidupan ruang dan waktu. Konsep universal ini bermaksud bahawa Quran itu mempunyai tingkat dinamisasi yang tinggi dalam merespon kedalaman makna realiti.

Kalau kita perhatian, apa yang Nabi Muhammad saw bawa pada awal penyebaran Islam sudah tidak dibangunkan lagi oleh muslim hari ini. Soal rakyat yang ditindas, hak untuk orang-orang miskin, dan memberi peluang kepada mereka yang terpinggir untuk membangunkan diri sudah menjadi isu lapuk dalam masyrakat kita untuk dibahaskan.

poor

Kita lebih suka dengan hudud sehingga meninggalkan perkara utama yang lain. Dua permasalahan dapat dilihat di sini, (1) Umat Islam yang mengambil sikap sambil lewa dan mudah mempercayai laungan takbir Islam (2) Ahli Politik yang merosakkan nilai akademik. Logiknya mudah sahaja, apabila yang mahu dilaksanakan tidak dapat mencapai nilai keadilan maka ia tertolak dengan mudah.

Dalam bab Risalah Kemanusiaan dan Keadilan Dalam Islam, Syazreen menulis, lebih kritikal apabila syariah dijadikan sebagai alat para penguasa untuk mengekalkan kezalimannya dengan hujah bahawa syariah itu adalah untuk menjaga agama dan apa yang mereka lakukan adalah untuk agama Islam.

Quran yang dilihat oleh kebanyakan penganutnya hari ini tidak lebih sekadar untuk dibaca ulang, dihafal dengan harapan dapat membawa diri ke syurga sehingga meninggalkan nilai-nilai sebenar yang perlu diangkat.

Umat Islam mudah terpengaruh dengan ganjaran-ganjaran yang sering disebut oleh ustaz-ustaz jadian walaupun hadis seorang hafiz Quran boleh membantu ahli keluarganya dari azab neraka adalah hadis dhoif (terlalu lemah dan tidak boleh dijadikan hujah).

quran

Kebimbangan ini dicatatkan oleh penulis, Tauhid tidak lagi dilihat sebagai sebuah proses pembebasan. Tauhid telah dirantai dalam ruang peribadi dan proses pembebasan tidak lagi diangkat ke dalam ruang awam. Tauhid bukan lagi dalam dimensi politik, ekonomi dan sosial tetapi hanya berlegar dalam ruang keagamaan ritual semata.

Syazreen Mohd mendapat pendidikan Quran dari Darul Quran dan kemudian menyambung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin di Universiti Yarmouk Jordan. Beliau pernah menulis bersama buku, Wacana Pemikiran Reformis (2014) dan Alif Lam Lam Ha (2014). Merupakan Felo Penyelidik di Abduh Study Group yang dikendalikan oleh Islamic Renaissance Front (IRF).

Tulisan ini tidak menggambarkan pendirian sebenar PTS Media Group. Kami mengalu-alukan buah fikir yang berbeza dan menarik. Hantar artikel anda ke marketing@pts.com.my untuk kami terbit secara online di sini.