Artikel

Kisah Kanak-Kanak:Siri Hikayat Teladan: Pak Malim Yang Pintar Dan Cerita-Cerita Lain

oleh Adzkia Amanah Ugi Suharto pada 29 Jun 2015

 Pernah dengar kisah Pak Malim yang bijak dan harimau tua yang sering mengganggu kesejahteraan penduduk kampung?

Siri Hikayat Teladan kali ini membawakan kisah Pak Malim Yang Pintar Dan Cerita-Cerita Lain.

Kali ini adik-adik pasti akan teruja untuk menemui watak-watak baru yang akan menghiburkan hati.

Ada kisah raja dan pelayannya, kisah Leman yang mahu menjadi kaya dengan jalan mudah dan ada juga kisah Parameswara, si pembuka negeri Melaka.

Ketahui kisah penuh Pak Malim Yang Pintar dalam buku ini dan nantikan kesudahan yang menggembirakan bagi Pak Malim dan isterinya.

Seluruh penduduk kampung ikut bersenang hati dengan usaha Pak Malim dan pasti adik-adik juga begitu.

Dalam kisah Pelayan Yang Cerdik pula adik-adik akan dihiburkan dengan kisah raja dan pelayannya.

Apakah nasib raja yang tidak mempunyai selera untuk menjamah apa-apa makanan? Dan bagaimana pula dengan kesudahan pelayan di akhir cerita?

Turut disertakan dalam siri kali ini ialah kisah Leman yang enggan bekerja dan malas mencari rezeki.

Namun suatu hari, Leman telah menjadi kaya-raya secara tiba-tiba. Apakah yang telah dilakukan oleh Leman dan adakah kekayaan itu akan bertahan lama?

Terakhir sekali untuk tatapan adik-adik ialah kisah . Bagi sesiapa yang yang masih belum mengetahui bagaimana negeri Melaka ditubuhkan, maka ini ialah peluang untuk mempelajari ilmu baru.

Selamat menghayati kisah pembukaan negeri bersejarah ini.

Semoga semua bergembira membaca kisah-kisah dalam siri kali ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024