Artikel

Koleksi Kisah Teladan Anak Soleh: Anak Raja Yang Beriman

oleh Nurul Aqilah Hairulsam pada 22 Apr 2015

Saat pertama kali memandang kulit muka buku ini, adik-adik di luar sana pasti sudah tertarik dengan ilustrasi comel dan warna-warni yang memikat hati. Bukan di luar sahaja, malah kandungan dalam buku ini juga terdapat lakaran-lakaran imej kartun serta grafik berwarna sesuai dengan penceritaan yang diceritakan.

Pengisian cerita yang dikongsikan daripada salah satu kompilasi ‘Koleksi Kisah Teladan Anak Soleh’ ini, adik-adik pasti dapat menghayati setiap pengajaran yang terdapat daripada kisah-kisah teladan yang berbeza.

Tambahan pula, disertakan sekali ayat-ayat suci Al-Quran yang berkait rapat dengan kisah-kisah yang terdapat di dalam buku ini. Bukan itu sahaja, info -info menarik juga dikongsikan bersama buat para pembaca untuk menambah ilmu pengetahuan dalam pengajaran Islam yang dapat dipraktikkan bersama.

Buku ini bukan sahaja mudah difahami, malah kisah-kisah teladan yang dikongsikan bukan sekadar fakta semata-mata, tetapi merupakan kisah benar umat terdahulu. Penulis juga bijak memilih cerita-cerita yang menyentuh tentang pengajaran yang patut dicontohi oleh pembaca terutama sekali adik-adik di luar sana.

Karya E-Man Dhani sudah semestinya pasti tidak menghampakan para ibu-bapa yang teruja ingin bercerita dan berkongsi kisah-kisah teladan kepada anak-anak mereka.



 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024