Ledakan Facebook: Antara Pahala & Dosa

oleh M Helmi pada 21 Mar 2012

Laman sosial Facebook kini kelihatan menjadi fenomena dalam masyarakat kita. Tanyalah kepada sesiapa pun, rata-rata jawapan yang diberikan pasti mengetahui apa itu Facebook. Namun, sejauh manakah kita tahu laman sosial ini memberi kesan dalam kehidupan seharian kita.

Kepekaan penulis untuk memberi panduan dalam penggunaan Facebook amat baik sekali. Di sertakan dengan kata-kata nasihat dan saranan, ianya sudah pasti memberi kesan kepada pengguna lebih-lebih lagi buat golongan remaja.

Dengan gaya bahasa yang bersahaja, penulis cuba merungkai permasalahan yang lazim dilakukan ke arah jalan di redai Allah. Bemula dengan pengenalan mengenai Facebook, penulis menyertakan beberapa maklumat yang pengguna perlu tahu dan menyebar luaskannya.

Mengambil contoh, penulis memberi gambaran betapa bahayanya seseorang itu jika terlalu beremosi dalam meluahkan perasaan hatinya di laman Facebook kerana dikhuatiri akan memberi kesan yang tidak baik kepada pasangan, jika sudah berkahwin atau kehidupan seharian. Jika isu ini di ambil pandangan, betapa seriusnya kesalahan yang dilakukan. Impaknya amat besar sekali jika tidak ditangani dengan kadar segera. Ianya akan lebih membimbangkan jika di ambil kira dengan komen-komen yang bakal muncul dari kawan sepejabat, kawan sekolah mahupun kawan yang mengenali.

Seiring dengan fenomena ini, PTS Islamika menerbitkan sebuah buku yang berjudul Ledakan Facebook Antara Pahala dan Dosa karya Dr Zaharuddin Abd Rahman. Dengan memilikinya, sudah pasti anda merasakan puas apabila membacanya. Di sokong dengan ayat-ayat Al-Quran dan nas-nas hadis sahih, sudah tentu dapat memberi pemahaman lanjut mengenainya.