Artikel

Misi Mencari Tiara yang Dicuri: Beautiful Tiara

oleh Nurul Aqilah Hairulsam pada 22 Apr 2015

Apakah perasaan pertama yang akan dialami oleh adik-adik di luar sana tatkala barang kesayangan dicuri dalam sekelip mata? Geram? Marah? Pasti adik-adik akan berasa tidak senang duduk bukan?

Benar, begitu juga perasaan yang Puteri Eryna sedang hadapi apabila tiara lambang kekuasaan negara Fantasia dan kesayangan beliau telah dicuri.

Bermula detik itu, penulis cilik ini, adik Hilmah berjaya menghidupkan elemen suspens di permulaan cerita yang pasti membuatkan pembaca tidak senang duduk apabila mengikuti perkembangan cerita pada bab yang pertama.

Lebih menarik lagi, kisah Beautiful Tiara ini juga mempunyai garapan dunia fantasi di mana Puteri Eryna telah memasuki alam dunia melalui cermin ajaib yang menjadi pintu dimensi di antara dua alam.

Tambahan pula, adik Hilmah juga sangat pandai dalam menyelitkan ‘mood’ lucu di mana Puteri Eryna bersama-sama naga peliharaan beliau, Sparkle terpaksa menjalani kehidupan biasa dan menyamar sebagai pelajar sekolah.

Setiap penceritaan di setiap bab juga tidak dapat dijangka kerana ada sahaja ragam lucu yang pasti dapat menangkap perhatian para pembaca untuk setia ke penghujung cerita.

Pasti adik-adik sudah tidak sabar lagi untuk membaca dengan lebih lanjut tentang perjalanan Puteri Eryna di alam dunia bukan?

Tunggu apa lagi? Adik-adik pasti tidak akan hampa apabila membaca kisah pengembaraan Puteri Eryna bersama naga comel dan rakan-rakan untuk mendapatkan semula tiara kesayangannya!


 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024