Selepas Taiwan, 61.6 Rakyat Australia Mengundi Perkahwinan Sejenis- Bagaimana di Malaysia?

oleh Abdullah pada 15 Nov 2017

Selepas Taiwan meluluskan perkahwinan sejenis pada 24 May 2017 yang lalu, hari ini Australia pula negara Asia yang seterusnya meluluskan undang-undang untuk perkahwinan sejenis. Hashtag #MarriageEquality menjadi trending sejak semalam di twitter.

Dalam undian yang dibuat, sebanyak 61.6 peratus orang mengundi 'ya' dan 38.4 peratus yang lainnya mengundi 'tidak'.

Bagaimana jika suatu masa nanti, perkara ini diangkat untuk dibicarakan di mahkamah Malaysia?

Khairul Anwar Ismail dalam bukunya Suami Gay, Isteri Mak Nyah: Nafsu Songsang Terlaknat memberitahu,

Khairul Anwar Ismail

“Kebudayaan masyarakat Malaysia dibentuk dengan menjadikan agama sebagai asas, manakala kebudayaan Barat tidak menjadikan nilai-nilai agama sebagai asas penting.’

Ketidakhadiran nilai inilah yang mendorong manusia mentadbir dirinya ke arah yang membinasakan.

Suami Gay Isteri Mak Nyah - PTS

Gerakan ini harus dibendung sebelum ia melarat jauh ke dalam nilai masyarakat Malaysia amnya dan umat Islam khususnya. Memiliki naskhah ini umpama perisai awal bagi menangkis anasir-anasir merosak.

Khairul adalah Peguam Bela & Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya dan juga peguam syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.