Buku

Apabila Tuhan Berbicara

oleh Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz

RM 23.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: 978-967-411-2493

Muka Surat: 272

Saiz: 6x9

Tarikh Terbit: 19 Jun 2014

 

Al-Quran adalah kitab Allah yang menjadi panduan hidup manusia sehingga hari kiamat. Panduan Al-Quran datang dalam bentuk mentah dan perlu diproses bagi memastikan isi berguna bagi membimbing manusia. Demi memudahkan pemahaman Al-Quran, para ulama sejak zaman dahulu sudah berusaha dengan sepenuh jiwa menyusun pelbagai ilmu berguna sebagai alat bagi merungkaikan kandungan Al-Quran.

 

Antara ilmu yang paling berkesan bagi merungkaikan panduan Al-Quran adalah ilmu tafsir Al-Quran. Ilmu ini adalah ilmu yang mengkaji tentang Al-Quran daripada segi menghuraikan dalil-dalil serta memahami kandungannya bersesuaian dengan kehendak Allah dan tahap kemampuan akal manusia.

Al-Quran adalah sebuah kitab yang hidup dan mampu menghidupkan jiwa manusia. Jikalau air mampu menghidupkan bumi yang mati, Al-Quran juga seumpama air hidayah yang menghidupkan jiwa yang mati. Allah menjelaskan:

وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُورًا نَهْدِي

بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (52)

 

Dan demikian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami. Kamu tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu), apakah kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu. Tetapi Kami jadikan Al-Quran; cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus

(Surah As-Syura, ayat 52)

Rasulullah s.a.w. sebagai guru Al-Quran pertama. Baginda sudah membuktikan kejayaan Baginda memproses dan mentafsirkan Al-Quran. Kesannya, Al-Quran menghidupkan jiwa para sahabat yang berasal daripada sebuah masyarakat jahiliah yang kelam kepada cahaya Islam yang terang-benderang. Allah menerangkan:

 

أَوَمَنْ كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَنْ مَثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

 

Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan cahaya (iman) yang menerangi untuk dirinya (sehingga dia dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dia dapat) berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia. (Adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap dalam gelap-gelita (kufur), yang sama sekali tidak dapat keluar daripadanya? Demikian (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu keelokan apa yang sudah mereka lakukan (daripada perbuatan kufur dan segala jenis maksiat)

(Surah Al-An’am, ayat 122)

 

Ayat ini menyebut perbezaan antara orang beriman dan orang yang kafir. Menurut sebahagian daripada laporan hadith, dua orang lelaki yang digambarkan dalam ayat ini adalah Saidina Umar Al-Khattab dan Abu Jahal.

(Tafsir At-Tabari)

Penulis berasa bersyukur kepada Allah kerana memberikan peluang mendalami Al-Quran bermula dengan menghafaz Al-Quran di Darul Quran JAKIM (1993-1997) dan seterusnya mendalami tafsir Al-Quran. Rasa syukur dan gembira ini wajar dimiliki oleh orang yang dimuliakan dengan ilmu berkaitan Al-Quran. Allah mengatakan:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ (57)

قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ (58)

 

Wahai umat manusia! Sesungguhnya sudah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu. Dan yang menjadi penawar untuk penyakit-penyakit batin yang ada dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat untuk orang-orang beriman. Katakan (wahai Muhammad), “Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayang-Nya. Maka dengan isi Al-Quran itulah mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan daripada segala benda dan perkara yang tidak kekal).”

(Surah Yunus, ayat 57 hingga ayat 58)

 

Penulis berharap, perkongsian ringkas daripada buku ini membantu menimbulkan rasa cinta, kagum, dan syukur para pembaca dengan nikmat Al-Quran. Sekiranya ditawarkan harta seluas alam semesta sekalipun sebagai tukaran kepada nikmat Al-Quran yang sudah penulis kecapi selama hampir 40 tahun menumpang di bumi Allah ini, penulis pasti mengatakan, nilai Al-Quran itu tiada tandingan.


Pembuka Bicara xi

Panduan Menjadikan Al-Quran Hidup dalam
Kehidupan Manusia xvii

Saat Mula dengan Al-Quran xxxi

Bahagian 1: Akidah 1

Adik Berzikir Supaya Allah s.w.t. Jaga Kuku Adik 2

Alam Ini Mempunyai Pemilik 5

Allah s.w.t. Lebih Menyayangi Anak-Anak Berbanding
Ibu Bapa 9

Allah s.w.t. Mengajar Burung Walet Membina Sarang 13

Angin dan Jerebu 16

Bodek Allah s.w.t. Jikalau Mahu Naik Pangkat 20

Durian Itu Ada Pencipta yang Merencah Buahnya
Menjadi Sedap 24

Isu Kalimah Allah: Antara Pagar dan Pokok 28

Keajaiban Roh: Arwah Faridah Berpesan Supaya
Menjaga Ibunya yang Masih Hidup 31

Salah Faham berkenaan Nabi Isa a.s. 35

Mengapa Lalat Tidak Disembah? 38

Mengapa Tongkat Nabi Sulaiman a.s. Tidak
Dispekulasikan Sebagai Kayu Kokka? 43

Khurafat Gerhana Matahari 47

Minta dengan Allah s.w.t., Jangan dengan
Qitmir Si Anjing 49

Sistem Keselamatan Allah s.w.t. di Loh Mahfuz 54

Orang Beriman Melihat Allah s.w.t. dengan Mata Hati 58

Suami yang Mendidik Isteri dengan Tauhid 62

Rencana ini pernah disiarkan dalam Utusan
Malaysia pada 66

Sudut Positif Isu Kalimah Allah, Usikan yang
Menyedarkan Umat Islam 66

Surah Yasin Menafikan Kewujudan Azab Kubur? 72

Ustaz, Di Manakah Roh Yati Sekarang? 80

Kita Mungkin Berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.
di Alam Barzakh 88

Bahagian 2: Akhirat 93

Dua Sifat Ekstrem pada Iblis 94

Ahli Neraka Diseksa Tanpa Mati 98

Ahli Syurga Tidak Pernah Selesa dengan
Amalan Mereka 101

Ayah Nabi Ibrahim a.s. Ditukar Menjadi Dubuk.
Lalu Dihumban ke Neraka 105

Berapa Banyak Bom Diperlukan Bagi Meleburkan
Gunung Everest? 108

Biru Mata kerana Ketakutan 112

Gaji Dunia vs Gaji Akhirat 115

Musibah Cahaya Palsu di Akhirat 117

Nilai Emas dan Perak yang Kekal Dari Dunia
Sehingga Akhirat 125

Skype: Antara Ahli Syurga dan Ahli Neraka 128

Tar dalam Rokok Adalah Pakaian Ahli Neraka 132

Bahagian 3: Al-Quran 137

Al-Quran Itu Diturunkan dengan Ilmu Allah! 138

Ayat yang Dikenali Sebagai Ayat 1000 Dinar Tidak
Sesuai Dibaca dalam Solat 144

Benar Kata Allah: Satu Digandakan 10 148

Fitnah yang Bukan Fitnah 152

Pengakhiran yang baik Tidak Semestinya Mendapat
Kemenangan di Akhir Perjuangan 155

Kata-Kata Allah s.w.t. Itu Benar dan Perut Saudaramu
Itu yang Menipu 161

Mengapa Allah s.w.t. Selalu Sebut Tangan? 164

Mulut Masin pada Al-Quran 167

Para Hafiz Al-Quran Seumpama Perenang yang
Meredah Sebuah Lautan 172

Teguran Abdullah Ibnu Mas’ud Tentang Nas Jerebu 175

Teknologi yang Allah s.w.t. Gunakan dalam
Penciptaan Burung Menakjubkan 178

Terapi Haiwan Peliharaan Menurut Al-Quran 183

Terapi Pesakit Koma Menurut Al-Quran 187

Bahagian 4: Ibadah 191

Babi yang Dibaca Yasin dan Tahlil, Disembelih
dengan Bismillah 192

Jangan Bayar Zakat, Bersedekah, ataupun
Solat Dhuha Secara Materialistik 195

Niat Melakukan Dosa Dikira Sebagai Dosa 199

Hudud Adalah Fitrah Manusia 203

Jadilah Orang Tua yang Tidak Putus Pahalanya 208

Hijab yang Tertutup pada Bulan Ramadhan
Terbuka Kembali 215

Masjid dan Surau Bukan Kilang Memproses Pahala 218

Bulan Ramadhan Seumpama Mengaktifkan
CCTV Allah         222

Riba VS Jual Beli Berakad, Sama Tetapi Tidak Serupa 226

Rokok dan Haji Mabrur 229

Sujudlah Sekarang, Jangan Sombong! 233

Tersungkur di Pintu Surau Kerana
Gopoh Mengejar Solat 237

Muka surat: viii

Lampiran

Halaman viii - Tiada tajuk ‘Rencana Ini pernah Disiarkan dalam Utusan Malaysia Pada’ pada halaman 66 seperti yang tertulis.

Muka surat: xxiii

Lampiran

Halaman xxiii - Kesalahan ayat Al-Quran (rujuk Surah Ali Imran, ayat 31 dan 32)

Muka surat: 80

Lampiran

Halaman 80 - Kesalahan ayat Al-Quran (rujuk Surah Al-Ahzab, ayat 59)

Muka surat: 116

Lampiran

Halaman 116 - Surah As-Syura, ayat 20, bukan Surah Al-Qasas, ayat 20.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024