Buku

Ustaz, Berapakah Umur Ahli Syurga?

oleh Muhamad Abdul Kadir Sahak

RM 20.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: 978-967-411-251-6

Muka Surat: 328

Saiz: 6x9

Tarikh Terbit: 24 Jun 2014

Buku ini adalah himpunan jawapan penulis kepada soalan-soalan yang diajukan menerusi laman sesawang Jabatan Mufti Perlis, talian hukum Jabatan Mufti Perlis, email peribadi, dan Facebook. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa buku ini memuatkan himpunan soal jawab bersifat semasa dan yang sering menjadi kekeliruan dalam masyarakat. Dalam usaha memberi jawapan dan penjelasan itu pula, penulis sentiasa berusaha menjawab setiap soalan yang dilontarkan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah yang shahih. Juga dengan panduan daripada hasil-hasil penulisan para ulama Ahlu As-Sunnah wa Al-Jamaah. Jikalau diperhatikan, kaedah bertanya dan menjawab soalan memiliki kesan yang begitu besar dalam menuntut ilmu. Ilmu itu seperti sebuah menara tinggi yang terserlah, dan ada waktunya kegelapan malam datang melitupi menara itu. Justeru, bersoal jawab itu mengambil peranan lampu yang menyuluh, menerangi menara ilmu yang tinggi, dan menyingkap kesamaran disebabkan sifat tidak tahu. Kerana itu kaedah bersoal jawab ini digunakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. 

Semoga buku ini memberi banyak manfaat kepada umat Islam dalam usaha memahami persoalan-persoalan agama.

Antara perbincangan menarik dalam buku ini adalah:

  • Apakah perbezaan antara Mukmin dan Muslim
  • Bolehkah kita berkahwin di syurga nanti dengan wanita yang kita cintai di dunia?
  • Hukum memberi zakat kepada adik-beradik
  • Wajibkah mentaati arahan ibu supaya mentalakkan isteri?
  • Bolehkah seorang wanita meletakkan syarat tidak boleh berpoligami kepada bakal suami?
  • Hukum membaca dalam hati ketika solat
  • Adakah bahagian dagu wanita termasuk aurat?
  • Apakah hukum ijazah yang diperoleh hasil daripada meniru dalam peperiksaan?
  • Doa melindungi diri daripada kejahatan musuh
  • Bagaimanakah cara melindungi rumah daripada gangguan jin dan syaitan?
  • Apakah hukum mengatakan “Aku Kafir”
  • Hukum memberi salam dengan lafaz ‘salam’ ataupun ‘as-salam’ sahaja
  • Apakah isteri wajib mentaati suami supaya berhenti kerja
  • Apakah hukum berdemonstrasi atau tunjuk perasaan
  • Apakah wajib seorang suami memberi bayaran bulanan kepada isteri
  • Apakah hukum mengumpat orang bukan Islam
  • Apakah hukum jamak solat jumaat dengan solat asar

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024