Artikel

Makluman penangguhan operasi PTS dari 30 Disember 2011 - 6 Januari 2012

oleh Helmi pada 19 Dec 2011

Adalah dimaklumkan PTS akan menangguhkan operasinya bermula dari 30 Disember 2011 (Jumaat) sehingga 6 Januari 2012 (Jumaat) kerana melakukan operasi pindah dan kira stok buku di bahagian gudang.

Sehubungan dengan itu, segala pesanan dan penghantaran buku kepada para pelanggan tidak akan dilakukan sepanjang tempoh ini.

Tuan dan puan juga disarankan tidak membuat sebarang penghantaran buku-buku ‘return’ dalam tempoh ini.

Operasi PTS akan disambung semula selewat-lewatnya pada 9 Januari 2011 (Isnin).

Kami mohon maaf atas kesulitan yang perlu dihadapi oleh tuan dan puan ekoran penangguhan operasi ini.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024