Harga: RM 18.90 / RM 21.90
ISBN-13: 978-983-3654-38-3
ISBN-10: 983-3654-38-X
Tarikh Terbit: 31 Mar 2008
Jumlah Muka Surat : 288
Kategori: Novel Dewasa, Novel Chiclit
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
-
Adi merantau dari Indonesia ke Malaysia demi mencapai cita-citanya bergelar penyanyi. Dia terpilih menjadi vokalis kumpulan 6ixth Sense. Suka duka Adi bersama rakan-rakannya dalam membina nama dalam industri hiburan terakam di dalam buku ini. Hubungan rapat dengan Sally, pemilik Rumpun Records, syarikat rakaman tempat dia bernaung membuatkan dia mulai keliru. Terperangkap. Dia terpaksa memilih antara Dewi yang ditinggalkan di Indonesia ataupun Sally yang menemaninya di Malaysia. Siapa pilihan Adi?

Dilahirkan pada 5 Mac 1982 di Johor. Pendidikan: TESL, Universiti Darul Iman Malaysia. Sebelum menulis novel, beliau aktif menulis fonovela. Antara karya beliau:
1. Aku Mahu Popular (versi asal yang kemudiannya dikembangkan dalam novel remaja)
2. Mr. Right Berkopiah
3. Cinta Realiti TV
4. Impiana Sdn. Bhd. (dalam proses dibukukan)
5. 6 Hari Mencari Cinta
6. 13 Tahun Menunggu Cinta
7. Zana vs Sara
8. Ironi Kerajaan Langit
9. Cinta Susuk Puaka
10. Dilema Mak Nyah
11. Nasi Kangkang Mak Datin
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Warna kegemaran Puan Ain Maisarah?
Hanya warna merah, hitam dan ungu sahaja yang cantik di mata.
Makanan kegemaran?
Tabik spring dengan masakan mamak yang terlalu hebat tiada tandingan.
Jatuh cinta rasa pertama dengan kek keju dan Secret Resipe.
Apabila berserabut. Apa yang Puan Ain Maisarah lakukan?
Tenang sekali melihat aksi-aksi 7 ekor anak kucing peliharaan yang nakal tahap Denise The Manace.
Apa yang Puan Ain Maisarah ingin lakukan?
Teringin sekali memberanikan diri terjun ke dalam bidang solekan profesional.
Apa yang menarik tetang Puan Ain Maisarah?
Pening-pening lalat bilamana perlu menyiapkan manuskrip baru. Seronok tahap maksima bila buku selamat diterbitkan. Menghargai pembaca sebagaimana menghargai sebutir berlian Habib Jewels.
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet