Rahsia Islam di China: Gemilang di Sebalik Tembok Besar

oleh Ann Wan Seng

Harga: RM 23.00 / RM 26.00
ISBN-13: 978-967-5137-02-0
Tarikh Terbit: 8 Apr 2008
Jumlah Muka Surat : 170

Kategori: Islam, Politik & Sejarah

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Prakata
Bab 1: Menjejak Islam di China
Bab 2: Bermulanya Ekspedisi ke China
Bab 3: Perjalanan Islam ke China
Bab 4: Hubungan antara Islam dan China
Bab 5: Perkembangan Islam di China
Bab 6: Canton Sebagai Pusat Perdagangan Islam di China
Bab 7: Tamadun Islam di China
Bab 8: Islam dan Kebudayaan China
Bab 9: Islam dan Peradaban China
Bab 10: Seni Khat Muslim China
Bab 11: Masjid di China
Bab 12: Motif Pembinaan Masjid di China
Bab 13: Keunikan Masjid di China
Sisipan: Album
Bab 14: Islam dan Dinasti China
Bab 15: Islam dan Pemerintah China
Bab 16: Dinasti Tang dan Komuniti Arab China
Bab 17: Dinasti Mongol dan Peranan Umat Islam di China
Bab 18: Minoriti Islam di China
Bab 19: Tokoh-tokoh Islam di China
Bab 20: Laksamana Cheng Ho Ikon China
Bab 21: Perjuangan Umat Islam China
Bab 22: Pemberontakan Islam di China
Bab 23: Islam di Bawah Komuni China
Bab 24: Gerakan Kemerdekaan Islam China
Bibliografi

Sinopsis

China, negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia, dengan jumlah populasi mencecah 1.3 bilion. Negara Tembok Besar ini pernah diperintah oleh maharaja dinasti sejak 5000 tahun dahulu sehingga menjadi sebuah negara republik pada 1912. Pada era pemerintahan Dinasti Tang, dakwah Islam mula bertapak di bumi China dan menambat hati sebilangan rakyatnya. Hingga kini, bilangan penganut Islam melebihi 30 juta orang. Tidak banyak fakta tentang masyarakat Islam di China yang dipaparkan oleh media. Kejayaan dan keutuhan ajaran Islam yang berkembang di bawah sistem pemerintahan komunis ini juga masih misteri. Buku ini membongkar dan mendedahkan rahsia ini.

Di sebalik lingkaran kemegahan tembok besar dan legasi dinasti maharaja China, tersembunyi lipatan sejarah kegemilangan Islam di benua Asia. Bermula daripada kedatangan delegasi Saad bin Abi Waqas yang disambut baik oleh Maharaja Yung Wei dari Dinasti Tang, Islam bertapak dan terus subur berkembang di bumi China. Walaupun empayar maharaja silih berganti hingga era pemerintahan republik komunis, sinar Islam tidak pernah pudar. Malah, sejak 618 M hingga kini, dakwah Islam yang dibawa oleh sahabat Nabi Muhammad terus kukuh di bawah acuan budaya dan nilai yang tersendiri sebilangan rakyat China.  

Buku Rahsia Islam di China: Gemilang Di Sebalik Tembok Besar menyajikan dimensi menarik yang tersembunyi di sebalik payung pemerintahannya. Bermula dari zaman Dinasti Tang, buku ini membawa pembaca menelusuri beberapa dinasti bersama pahit dan manis di bawah pemerintahan dinasti yang silih berganti. Ditulis dengan gaya bahasa mudah, disusun mengikut rantai peristiwa serta dikukuhkan dengan gambar dan peta sejarah.

Info Penulis

Beliau lahir dalam keluarga Cina yang berniaga dan turut memiliki bisnes sendiri. Beliau kini adalah Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).  Beliau gemar mengkaji adat dan budaya bangsa lain. Beliau juga banyak menyumbang artikel berkaitan bisnes dan ekonomi untuk terbitan majalah dan akhbar tempatan. Antara majalah yang pernah menyiarkan karyanya seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Ekonomi, Minda, Dewan Agama & Falsafah, Dewan pelajar, Majalah I, Sarina dan lain-lain.

 Ann Wan Seng adalah seorang aktivis sosial, pendakwah, penceramah, motivator, kolumnis dan penulis aktif yang menghasilkan lebih 30 buah buku. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha Kehormat, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dan Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).

Buku lain oleh penulis ini

  • Rahsia Bisnes Orang Jepun
    RM 23.00 / RM 26.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3376-86-X
    Tarikh Terbit: 10 Mar 2006
  • Rahsia Bisnes Orang Korea
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3585-22-1
    Tarikh Terbit: 23 Mar 2006
  • Rahsia Islam di China: Gemilang di Sebalik Tembok Besar
    RM 23.00 / RM 26.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5137-02-0
    Tarikh Terbit: 08 Apr 2008
  • Edisi Jimat: Rahsia Bisnes Orang Cina
    RM 15.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-97-4
    Tarikh Terbit: 12 Sep 2008
  • Rahsia Bisnes Orang Cina (Kaver dikemas kini)
    RM 18.90 / RM 21.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 9789833376926
    ISBN-10: 983-3376-92-4
    Tarikh Terbit: 11 Feb 2010

Temubual bersama penulis