Buku

Kaedah Merawat Santau

oleh Dato’ Dr. Haron Din, Tuan Haji Mokhtar Kassan, Azizan Ramly

RM 17.00 / RM 19.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: 978-967-366-200-5

Muka Surat: 128

Saiz: 6x7.5

Tarikh Terbit: 30 Apr 2013

Santau adalah amalan sihir yang sering menghantui masyarakat khususnya di Malaysia. Walaupun teknologi berubah dan semakin canggih, gejala santau masih berleluasa. Masyarakat pula menjadi keliruapabila mahu mendapatkan penyembuhan, antara berjumpa dengan bomoh, ataupun pengamal perubatan alternatif yang mengikut landasan syariat. 

Saban tahun, semakin ramai pesakit datang bertamu, dan seiring dengan itu juga, semakin bertambah pengamal perubatan yang diiktiraf. Buku ini terhasil berdasarkan ilmu dan amalan para penulis dalam merawat penyakit-penyakit yang disebabkan santau, sejak tahun 1980-an. Darussyifa’ sendiri terkenal sebagai antara pelopor perubatan alternatif di Malaysia. 

Buku Kaedah Merawat Santau ini adalah ikhtiar yang dilakukan demi membantu pesakit bagi menghadapinya. Sesungguhnya Allah s.w.t. juga menyembuhkan setiap penyakit para hamba-Nya, seperti ucapan Nabi Ibrahim a.s. dalam surah As-Syu’arak ayat 80 yang bermaksud, “Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku.”

Kata Pengantar

Prakata

Bab 1: Pengenalan kepada Santau

Bab 2: Mengenal Pasti Pesakit Santau

Bab 3: Rawatan Santau Menggunakan Kaedah Tepuk Daun Nangka

Bab 4: Pantang Selepas Rawatan Tepuk Daun Nangka

Bab 5: Ubat Herba bagi Pesakit Santau

Bab 6: Rawatan Penyakit Berkaitan

Bab 7: Pemutus Ubat

Bab 8: Pendinding Diri, Keluarga, Kediaman, dan Harta

Bab 9: Mengetahui Pembuat Santau

Bab 10: Persediaan Rawatan

Bab 11: Soalan Lazim

Bab 12: Pengalaman Pesakit Santau

Kesimpulan 

Lampiran

Rujukan 

Biodata Penulis

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024