Harga: RM 17.90 / RM 19.90
ISBN-13: 978-967-5783-07-4
ISBN-10: 978-967-5783-07-4
Tarikh Terbit: 7 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 336
Kategori:
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Tiada.
Cuti kali ini memang dinantikan. Cuti kali ini memang ditunggu-tunggu. Zaza dan teman-teman menyangka dia akan menjalani latihan amali sebagai guru pada cuti semestar kali ini. Namun sepucuk surat memberi seribu kejutan buat mereka. Zaza, Puteri Rania, Insyirah dan Khadijah tiba-tiba sahaja ditawarkan menjadi wartawan penyiaran di TV10! Zaza baru sahaja berangan-angan mahu menempah 10 pasang baju kurung untuk dipakai semasa mengajar di sekolah! Tetapi kini dia bakal ke stesyen TV10. Aduh... bukankah itu tempat orang yang glamor-glamor sahaja? Zaza menjadi tidak keruan.
Kemarahan Asyikin dan Maliz pula bagai gunung berapi mahu meletup. Mereka hanya ditawarkan menjadi petugas di Radio 10. Oh, mengapa mesti di radio sahaja! Mengapa Zaza pula harus dipilih ke TV10? Zaza bukan pandai melaram. Zaza bukan tahu berpakaian glamor! Sudahlah bersaiz XL, entah-entah penuh skrin TV10 kalau mahu tayang muka Zaza. Kebencian Asyikin dan Maliz tidak terbendung. Mereka merancang mahu jadi pelajar praktikal yang paling bergaya, yang baju dan kasutnya bling-bling. Biar dari jarak 5 kilometer orang sudah nampak mereka. Biar muka tumbuh jerawat akibat bersolek tebal, itu tidak mengapa... asalkan diri glamor!
Oh, sebenarnya hidup glamor tidak seindah mana! Seksa sebenarnya hidup glamor seperti artis ini! Ada sahaja paparazi mengintai.Pastinya glamor itu hanya menyusahkan!

Lily Haslina Nasir, kelahiran Melaka pada 19 November 1971. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Durian Daun, Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist 2 Tengkera sebelum ke Sekolah Menengah Munsyi Abdullah, Batu Berendam Melaka. Beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan Pengajian Media.
Menulis seawal usia 13 tahun di Berita Minggu, Dewan Siswa, Dewan Budaya dan novel pertama diterbitkan ketika berada di tingkatan lima. Pada 1985, beliau terpilih menyertai Minggu Penulis Remaja angkatan kedua dan menjadi peserta termuda. Ketika itu Lily Haslina sudah sering menerima pelbagai anugerah penulisan sama ada dalam dunia kreatif juga rencana. Novel-novel beliau diterbitkan bukan sekadar di PTS tetapi di DBP, Berita Publishing, CESB, Alaf21 dan juga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Genre penulisannya buka sekadar novel dewasa sahaja, tetapi termasuk juga novel kanak-kanak dan juga remaja. Skrip dokumentari juga adalah antara bidang yang diceburinya.
Sepanjang kerjaya sebagai wartawan, Lily Haslina pernah menerima lebih daripada lima anugerah kewartawanan peringkat nasional sebagai penulis rencana terbaik. Lily Haslina boleh didekati di www.lilyhaslinanasir.blogspot.com atau roslily@gmail.com.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet