Harga: RM 14.50 / RM 17.50
ISBN-13: 978-983-3653-50-8
ISBN-10: 983-3653-50-2
Tarikh Terbit: 6 Nov 2006
Jumlah Muka Surat : 240
Kategori: Remaja, Remaja Umum, Aku Mahu...
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
-
Mengisahkan dua orang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Sri Bangsar yang cemerlang dalam pelajaran tetapi tidak dikenali di sekolah itu. Bermula daripada rasa tidak puas hati dengan glamor dan populariti yang dikecapi oleh tujuh gadis lain yang menggelar diri mereka The Wannababes, Farah dan Ina bertekad merancang strategi untuk menjadi popular dan diminati.

Dilahirkan pada 5 Mac 1982 di Johor. Pendidikan: TESL, Universiti Darul Iman Malaysia. Sebelum menulis novel, beliau aktif menulis fonovela. Antara karya beliau:
1. Aku Mahu Popular (versi asal yang kemudiannya dikembangkan dalam novel remaja)
2. Mr. Right Berkopiah
3. Cinta Realiti TV
4. Impiana Sdn. Bhd. (dalam proses dibukukan)
5. 6 Hari Mencari Cinta
6. 13 Tahun Menunggu Cinta
7. Zana vs Sara
8. Ironi Kerajaan Langit
9. Cinta Susuk Puaka
10. Dilema Mak Nyah
11. Nasi Kangkang Mak Datin
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Warna kegemaran Puan Ain Maisarah?
Hanya warna merah, hitam dan ungu sahaja yang cantik di mata.
Makanan kegemaran?
Tabik spring dengan masakan mamak yang terlalu hebat tiada tandingan.
Jatuh cinta rasa pertama dengan kek keju dan Secret Resipe.
Apabila berserabut. Apa yang Puan Ain Maisarah lakukan?
Tenang sekali melihat aksi-aksi 7 ekor anak kucing peliharaan yang nakal tahap Denise The Manace.
Apa yang Puan Ain Maisarah ingin lakukan?
Teringin sekali memberanikan diri terjun ke dalam bidang solekan profesional.
Apa yang menarik tetang Puan Ain Maisarah?
Pening-pening lalat bilamana perlu menyiapkan manuskrip baru. Seronok tahap maksima bila buku selamat diterbitkan. Menghargai pembaca sebagaimana menghargai sebutir berlian Habib Jewels.
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet