Bara Cinta Canberra
oleh Ilham Hamdani


Versi Cetak

RM21.50

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 24.50
Format: Trade Book

ISBN-13: 978-983-3892-97-6

Tarikh Terbit: 6 Jun 2010

Jumlah Muka Surat: 592


Versi eBook

Belum Terbit


Ikmal Hakimi, seorang bekas pelajar Malaysia yang kematian emaknya dan baru mengalami cinta terhalang. Akhirnya dia yang pernah belajar di Canberra (dan mengulang setahun) kembali semula ke Canberra.

 

Cerita bermula apabila Ikmal Hakimi bertemu dengan Nia Suraya, bekas kekasihnya yang datang ke Canberra sabagai pegawai diplomatik yang berkursus setahun. Di sinilah bermulanya cinta musim kedua.

 

Dalam masa yang sama, ada seorang gadis Cina, Melissa Ai Ying Keong, adik teman serumah Ikmal Hakimi yang mearuh perasaannya kepada Ikmal Hakimi. Di sinilah berlakunya konflik.

 

Selain itu, ada watak tambah Makcik Marwa dan Izzuddin al-Qassam yang telah merubah Ikmal Hakimi. Daripada seorang pemuda bermasalah, yang tidak ada pegangan hidup, yang ibarat lalang, kemudian menjadi seorang yang kuat agama, dan mendekati Tuhan, sesuai dengan nasihat Makcik Marwa, 'Carilah Cinta Tuhan, kamu akan bertemu cinta hamba.'

 

Nia Suraya yang terjebak dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa sehingga dia sendiri diculik, dan Melissa pula terus-terusan menawarkan cinta sucinya.

TIADA

Buku Berkaitan


Berita

Bara Cinta Canberra Cipta Pembaharuan
ditulis oleh

Penulis Bara Cinta Canberra cuba mencipta pembaharuan dalam penulisan novelnya kali ini dengan... Selanjutnya»


Errata