
Penilaian pembaca (Keputusan daripada 10 orang pembaca):




Harga: RM 14.90 / RM 16.90
ISBN-13: 978-983-3603-93-0
ISBN-10: 983-3603-93-9
Tarikh Terbit: 1 Sep 2009
Jumlah Muka Surat : 224
Kategori: Bantu Diri, Bantu Diri Umum, Motivasi, Islam, Gaya Hidup, Islam Umum, Keluarga, Keibubapaan, Keluarga Umum
Buku Dahsyatnya Doa Ibu merungkai fakta-fakta sejarah kisah-kisah benar, ayat-ayat Quran serta hadis-hadis yang menjadi bukti kekuasaan dan keajaiban doa para ibu yang mampu memberi kebahagiaan mahupun kebinasaan kepada anak-anak dalam sekelip mata sahaja.
Kata Pengantar vii
Bab 1: Doa Ibu Memberi Faedah
Setiap Doa Memberi Faedah
Doa Ibu Lebih Tajam daripada Pisau
Faedah Doa Ibu untuk Anaknya
Bab 2: Menyingkap Dahsyatnya Doa
Rahsia Dahsyatnya Doa
Doa adalah Ibadah
Doa adalah Otak Ibadah
Doa Itu Mulia di Sisi Allah
Doa Dapat Mengubah Takdir
Doa adalah Senjata yang Mujarab bagi Orang Beriman
Bab 3: Menyingkap Dahsyatnya Doa Ibu
Rahsia Dahsyatnya Doa Ibu
Kemuliaan Ibu sebagai Orang Tua
Kedudukan Ibu Lebih Mulia daripada Bapa
Dalil yang Menyatakan Dahsyatnya Doa Ibu
Bab 4: Bukti Dahsyatnya Doa Ibu
Maryam Wanita Mulia
Aisyah Bebas daripada Fitnah
Keluarga Khaulah binti Tsa’labah Terselamat
Seorang Ibu Bersama Anaknya Selamat daripada Bahaya
Lelaki Panjang Umur pada Zaman Nabi Sulaiman
Pemuda Derhaka Meninggal Dunia dalam Husnul Khatimah
Bab 5: Manfaat dan Kelebihan Doa Ibu
Doa Ibu seperti Doa Nabi untuk Umatnya
Doa Ibu Membawa Kemuliaan
Doa Ibu Dapat Menolak Fitnah
Doa Ibu Membawa Keselamatan
Doa Ibu Membawa Husnul Khatimah
Doa Ibu Membuka Pintu Rezeki
Doa Ibu Menyihatkan Keluarga
Doa Ibu Sumber Kekuatan Batin
Doa Ibu Pintu Hidayah Sepanjang Zaman
Bab 6: Berbakti dan Mendoakan Ibu
Kewajiban Berbakti kepada Orang Tua
Saranan Supaya Seorang Anak Lebih Mengutamakan Ibu
Lebih Menyayangi dan Memuliakan Ibu
Memandang Ibu dengan Penuh Kasih Sayang
Berkata dan Bersikap Lembut kepada Ibu
Menjaga Keredaan Ibu
Memohon Izin Apabila Masuk ke Bilik Ibu
Berdiri Apabila Menyambut Kedatangan Ibu
Memberi Bahagian yang Lebih Besar kepada Ibu Berbanding Bapa
Menjaga Ibu yang Tua dengan Baik
Berdoa untuk Ibu Semoga Allah Mengasihinya
Berterima Kasih dan Bersyukur
Sepuluh Hak Orang Tua yang Wajib Dipenuhi
Bab 7: Berbakti dan Berdoa Selepas Ibu Tiada
Kesempatan Berbakti Apabila Ibu Sudah Tiada
Mendoakan dan Memohonkan Keampunan untuk Ibu
Melaksanakan Wasiat dan Nazar
Bersilaturahim dengan Kaum Kerabat dan Menghormati Mereka
Taat kepada Ibu Saudara sebagai Pengganti Ibu
Menziarahi dan Berdoa di Kubur Ibu
Bersedekah untuk Ibu
Menunaikan Haji untuk Ibu
Tujuh Amal Soleh yang Terus Mengalir Pahalanya
Kemanisan Berbakti kepada Ibu
Bab 8: Derhaka kepada Ibu
Larangan Menderhaka kepada Ibu
Derhaka kepada Ibu Berdosa Besar
Bentuk-bentuk Penderhakaan kepada Ibu
Kesan Buruk Menderhaka kepada Ibu
Menderhaka kepada Ibu yang Zalim
Jalan Keluar bagi Anak yang Derhaka
Bab 9: Akibat Buruk Menderhaka kepada Ibu
Alqomah Tidak Boleh Mengucap Dua Kalimah Syahadat
Juraij Difitnah
Malin Kundang Menjadi Batu
Lelaki Berkepala Keldai Keluar dari Kubur dan Mendengking
Ahli Perniagaan yang Terpotong Tangannya
Rosli Mati Berdiri dengan Satu Kaki
Ulama Kudung Kedua-dua Kaki dan Tangan serta Matanya Tercungkil
Salmah Susah Melahirkan Anak
Saiful Lumpuh
Shima Meninggal Dunia Selepas Dilangkahi Ibunya
Budin Meninggal Dunia dengan Perut Keras Membatu
Bab 10: Menjadi Ibu Teladan
Ibu yang Berjaya Memiliki Karakter Unggul
Ibu yang Berjaya Selalu Menambah Ilmu
Ibu yang Berjaya Selalu Memberi Teladan
Ibu yang Berjaya Ikhlas Hatinya
Ibu yang Berjaya adalah Isteri yang Baik
Ibu yang Berjaya Hidup Bermasyarakat
Ibu yang Berjaya Bersifat Penyabar
Ibu yang Berjaya Selalu Realistik
Ibu yang Berjaya Bersifat Lemah Lembut
Bibliografi 211





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Saya beli buku ini ketika mencari buku yang boleh memotivasikan diri tentang bagaimana mahu istiqomah dalam berdoa. Supaya tidak jemu berdoa dan tidak merasakan doa-doa saya tidak dimakbulkan. Oleh kerana buku ini berkaitan dengan doa, maka saya memilihnya untuk dibeli bagi tujuan tersebut.
Saya tidak silap memilih buku. Saya membaca buku ini dengan penuh emosi. Meleleh-leleh airmata saya ketika membaca buku ini seperti menonton filem Hindustan pula. Buku ni memberi saya banyak sangat pengajaran tentang menjadi anak yang baik dan juga ibu yang baik kepada anak-anak. Ia juga menyedarkan saya tentang kasih sayang Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Sebenarnya apa yang terkandung dalam buku ini adalah perkara-perkara asas sahaja. Perkara yang sudah lama saya tahu. Tentang kelebihan berdoa. Doa ibu yang dimakbulkan Allah. Tentang peranan anak-anak kepada ibu bapa..dan peranan ibu bapa kepada anak-anak. Tetapi ia diselitkan dengan cerita-cerita yang membuat saya berfikir dengan lebih mendalam lagi. Saya jumpa apa yang saya cari dalam buku ini iaitu keyakinan untuk terus berdoa secara istiqomah. Ia sangat-sangat memotivasikan diri saya.
Berdoa adalah ibadah. Kalaulah doa saya tidak dimakbulkan, sekurang-kurangnya saya mendapat pahala beribadah insyaAllah. Berdoa juga adalah perintah Allah. Seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Mukminun, ayat 60 “Tuhanmu berkata,’Berdoalah kepadaku, nescaya aku perkenankan bagimu’”. Salah satu sebab kenapa saya suka buku ini ialah kerana banyak kata-katanya disokong oleh ayat-ayat al-quran dan hadis yang terus meyakinkan saya tentang kelebihan berdoa.
Itu cerita tentang doa. Bagaimana pula dengan ibu dan doa-doa mereka? Bagaimana dahsyatnya doa seorang ibu? Saya percaya kita semua sudah biasa sangat dengar cerita-cerita tentang anak derhaka. Antaranya kisah si Tanggang, kisah Alqomah dan kisah Juraij, yang mana kerana derhaka, ibu mereka mendoakan mereka sehingga mereka ditimpa musibah.
Itu kisah ibu yg mendoakan musibah kepada anak derhaka. Bagaimana pula kisah ibu yang baik mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak mereka yang derhaka pula. Teringat pula satu kisah yang selalu sangat saya dengar masa zaman sekolah-sekolah dulu. Tetapi sudah lama saya lupa sehingga saya membaca buku ini semula. Kisah tentang Adi dan Amin, dua beradik yang mempunyai perwatakan yang sangat berbeza. Adi sangat jahat manakala Amin adalah anak yang soleh. Ibu Adi tidak mampu melakukan apa-apa lagi selain memohon dan berdoa kepada Allah semoga anaknya Adi mendapat hidayah dan kembali ke jalan yang lurus. Doa ibu mereka dimakbulkan. Sayangnya ibu mereka terlupa untuk mendoakan Amin supaya tetap taat dan istiqomah. Sehingga Adi meninggal dalam keadaan yang sudah berubah menjadi baik dan Amin pula meninggal dalam keadaan sebaliknya. Pengajaran untuk ibu-ibu semua, berdoalah yang baik-baik untuk semua anak-anak tidak kira sebaik mana dan seburuk mana mereka.
Dalam buku ini juga menerangkan bagaimana caranya untuk terus berbakti kepada kedua orang tua yang sudah tiada. Buku yang sangat sesuai dibaca oleh anak-anak yang masih mempunyai ibu bapa, ibu bapa yang mempunyai anak-anak dan untuk anak-anak yang sudah kehilangan orang tua.
Terima kasih kepada penulis kerana telah menyedarkan saya tentang perkara yang saya rasa tahu tapi rupanya tidak. Ibu bapa memiliki kedudukan yg mula di sisi Allah sehingga di dalam beberapa ayat al-Quran (surah al-baqarah,ayat 83, surah an-nisak,ayat 36, surah al-israk,ayat 23) perintah untuk memuliakan mereka sama dengan perintah mengesakan Allah.. Subhanallah.. Betapa mulianya mereka dan betapa beruntungnya mereka yang menjadi ibu bapa kerana dapat menjadi orang yang mulia di sisi Allah.
Semoga kita semua akan tetap menjadi anak yang baik dan ibu bapa yang baik.





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Buku ini mempunyai kulit buku yang agak menarik dan cantik yang menarik orang untuk melihatnya. Isi kandungannya juga sangat berinformasi yang didatangkan beserta ayat-ayat al-qur’an dan hadis-hadis nabi. Bab-bab dalam buku ini juga amat menarik dan menambah ilmu pengetahuan seperi bab tentang kepentingan doa, penting doa ibu itu sendiri dan kisah-kisah anak durhaka yang boleh dijadikan panduan dan pengajaran. selain itu, bahasa yang digunakan mudah difahami, tidak berbelit dan agak menarik. Ini membuatkan pembaca ingin terus membaca untuk mengetahui isi seterusnya. sesuai dibaca oleh anak seawal 12 tahun sehinggalah dewasa.





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Buku ini sangat bagus dan berkesan. Penyampaian yang menusuk kalbu. Menyedarkan saya tentang kelebihan seorang ibu.
Buku ini mengajak adik-adik mengenali dan memahami 101 akhlak yang boleh dicontohi. "Sesungguhnya pada diri Rasullulah itu contoh ikutan yang paling baik bagi kamu."
Khalifah-Khalifah Yang Benar merupakan kompilasi daripada empat buah novel sejarah Abdul Latip Talib yang terdahulu, iaitu Abu Bakar, Umar Al Khattab, Uthman Affan dan Ali bin Abi Talib.
Lihat senarai penuh di laman web Baca@Ramadan