Di Mana Terangnya Bulan

Penilaian pembaca (Keputusan daripada 3 orang pembaca):

54321

Bahruddin Bekri

Harga: RM 17.50 / RM 19.50
ISBN-13: 978-983-3892-65-5
Tarikh Terbit: 15 Dec 2009
Jumlah Muka Surat : 352

Kategori: Novel Dewasa, Novel Dewasa Umum, Remaja, Remaja Umum

PTS Litera Sdn Bhd

Beli@Bookcafe

Buku lain oleh penulis ini

  • Dunia Ini Sederhana Kecil
    RM 22.90 / RM 25.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3654-32-1
    ISBN-10: 983-3654-32-0
    Tarikh Terbit: 31 Mar 2008
  • Doa Untuk Aku
    RM 22.90 / RM 25.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3654-54-3
    ISBN-10: 983-3654-54-1
    Tarikh Terbit: 08 Sep 2008
  • Perang Kucing
    RM 18.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3654-52-9
    ISBN-10: 983-3654-52-5
    Tarikh Terbit: 01 Nov 2008

Kisah pengajian tinggi pada masa hadapan. Pada waktu itu, yuran pengajian perlu dibayar lumpsump bagi seluruh tahun pengajian. Pada waktu itu pelajar juga semakin ramai cemerlang dan perlu bersaing. Kolej-kolej baru juga banyak yang dibina termasuk sebuah kolej baru yang dibina di Sarawak 'Kolej Melayu Tinggi' yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Dijadikan cerita, Kamarul seorang yang lurus bendul dan takut dengan perempuan, antara mereka layak menyambung pelajaran di KMT. Kamarul terlewat mendaftar dan penempatan di dalam kolej sudah penuh. Dia terpaksa menyewa dengan seorang lagi pelajar kolej yang pendiam dan murung.

Pada suatu hari teman serumahnya hilang, diganti pula dengan seorang lelaki yang tegap, berwajah ganas dan suka mengarah. Lelaki itu menetap dirumah sewanya tanpa kebenaran. Lalu bermulalah kisah Kamarul, mencantumkan semua yang terjadi bagi menjawab persoalan yang datangnya tiba-tiba, di mana terangnya bulan.

Kongsi ulasan anda tentang buku ini:

Sekiranya anda sudah membaca buku ini; kami mengalu-alukan ulasan anda bagi membantu pelawat laman web ini memilih dan membuat keputusan samada membeli ataupun tidak buku ini.

Antara ulasan yang anda boleh sentuh ialah:-

  1. Kulit buku
  2. Isi kandungan/jalan cerita
  3. Bahasa

« Jangan lupa untuk beri bintang!
  1. welma la'anda
    13 Jul 2010
    9:30 PM

    43211

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    Salah satu buku fiksyen yang memasuki senarai perlu beli saya pada tahun 2010 ialah buku Di mana Terangnya Bulan. Saya bukanlah pembaca setia penulis walaupun buku Doa Untuk Aku merupakan antara buku kesayangan. Malah tidak semua buku beliau yang memasuki senarai buku yang saya idam-idamkan dan wajib beli seperti Puisi untuk Nadina, Perang Kucing dan Adi Gempa Evolusi. Bukan kerana beranggapan tulisan untuk 3 buah buku itu tidak bagus. Alasannya sangat mudah. Tidak tergerak hati.

    Tetapi lain pula kisah dengan buku Di mana Terangnya Bulan. Pada mula ia diwar-warkan di laman web PTS, sebaik sahaja melihat kepada tajuk dan penulisnya, saya menjadi tiba-tiba sangat teruja pula mahu memiliki buku ini. Alasan pada kali ini juga sangat mudah. Hanya berpandukan tajuk buku sahaja, saya sudah berasa dalam hati, “Pastinya buku ini bercerita tentang kehidupan”. Saya yakin penulis sangat sesuai apabila bercerita tentang kehidupan. Saya pembaca blog penulis dan saya tahu bagaimana terpukau dibuatnya apabila membaca bait-bait perkataan nukilan penulis tentang kehidupan.

    Saya membaca buku ini sambil gelak-gelak. Mujur tidak “terguling-guling” seperti membaca Doa Untuk Aku suatu ketika dahulu. Terus membaca tanpa rasa bosan sehinggalah ke laman terakhir kerana mahu mengetahui kesudahan cerita dan akhirnya saya mengakhiri buku ini dengan rumusan - menarik tetapi kurang mantap dan saya risau pembaca akan cenderung untuk rasa biasa-biasa. Persepsi ini mungkin berbeza dari seorang pembaca ke pembaca bergantung kepada faktor-faktor usia terutamanya. Orang berumur memang berpotensi untuk selalu memiliki rasa “high expectations”. Tetapi ini berbeza dengan remaja atau mereka yang baru berjinak-jinak dengan buku. Jikalau buku Di mana Terangnya Bulan disasarkan untuk 2 kelompok tersebut, maka sangat bersesuaianlah ia.

    Buku ini seperti karya Bahruddin Bekri yang lain (yang pernah saya baca). Ditulis dengan penuh humor dan santai. Karakter watak-watak yang terlibat di dalam buku ini juga seperti karakter karya yang terdahulu - sempoi, lurus dan jujur. Ini sudah menjadi trademark nampaknya untuk karya-karya Bahruddin Bekri. Saya sedar penulis gemar menyampaikan mesej kehidupan yang ringkas-ringkas tetapi signifikan. Pemilihan perkataan dan gubahan ayat yang biasa-biasa dengan makna yang tersirat sangat cenderung menarik pembaca untuk merenung. Itulah yang saya kira kekuatan penulis yang disalurkan di dalam setiap karyanya. Ciri-ciri itu jelas dimiliki di dalam buku Di mana Terangnya Bulan.

    Di mana Terangnya Bulan mengisahkan Kamarul bin Zamarul yang melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Tinggi, Sarawak di mana kolej ini menggunakan pengunaan bahasa melayu tinggi secara total. Yuran pada masa itu tidak lagi dibiayai oleh PTPTN tetapi ada bank yang menguruskan pinjaman. Pada masa itu, pinjaman pelajaran tidak dibayar mengikut semester tetapi harus diselesaikan sekaligus pada hari pendaftaran. Konon-konon mahu melatih pelajar menjadi seperti usahawan. Falsafahnya mudah iaitu dengan mengambil iktibar dari peniaga yang melaburkan sejumlah wang untuk perniagaan. Dek kerana pelaburan yang tinggi, peniaga akan berhati-hati dalam selok belok perniagaan untuk keuntungan yang maksima. Itulah yang mahu diterapkan di kalangan diri pelajar agar lebih bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu.

    Konflik bermula apabila Kamarul menghadapi masalah pinjaman di bank dan masih belum lagi menjelaskan pembayaran yuran. Dia diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikannya. Jikalau gagal, ini bermakna Kamarul perlu berhenti dari kolej itu dengan segera. Satu demi satu masalah menimpa sepanjang dia sedang susah hati dengan masalah kawangan. Bermula dengan Yazid bin Bustamam, teman rumahnya yang gemar berpakaian hitam telah hilang dan dia diamanahkan oleh kedua ibu bapa Yazid untuk mencari anak mereka itu. Di dalam masa yang sama, Selamat, ketua Geng Pelangi baru sahaja dibebaskan dari penjara dan dengan muka tidak malunya menyewa secara paksa di rumah sewa Kamarul. Walaupun Selamat suka memasak nasi goreng setiap pagi dan akan memberi nasihat wajib setiap hari, masih tidak mampu menghakis gerun di dalam diri Kamarul akan sikap samseng Selamat. Bukan itu sahaja, Selamat juga tidak mahu melepaskan Kamarul selagi Kamarul tidak berjaya menemui Hariani yang dikatakan menyimpan duit milik Selamat. Masalah bertambah lagi dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh Alexander the Great sebagai cagaran untuk Kamarul menjual tudung sajinya.

    Di mana Terangnya Bulan ditulis dengan penyampaian mesej-mesej kehidupan realiti yang perlu ditangani dengan sabar dan tenang. Dunia yang mencabar dan penuh masalah perlu dihadapi dengan pandangan hidup yang betul dan sikap yang matang. Sikap baik dan jujur selalu sahaja boleh mengalahkan kejahatan dan merubah kepada kebaikan. Selalu sahaja mesej-mesej sebegini gagal dicerna oleh pembaca. Ini mungkin berbeza jikalau ia disampaikan dengan unsur-unsur komedi seperti buku Di mana Terangnya Bulan . Dengan pendekatan sedemikian, saya kira buku ini mudah untuk dekat di hati pembaca remaja dan secara tidak langsung boleh dijadikan medium untuk mendidik.

    Namun begitu, ada juga beberapa perkara yang saya kira saya berbeza pendapat terutama tentang isu percintaan Teng An Ni dengan Kamarul. Saya sebenarnya mengharapkan Kamarul menyelesaikan masalah cintanya dengan matang. Aduh! Tidak berkenan di hati belajar baru semester 1 sudah tangkap jiwang. Saya maklum perasaan itu adalah fitrah dan kerja gila kalau kita menafikannya. Cuma rasa molek jikalau ditekankan di dalam buku ini bagaimana seorang pelajar itu belajar meletakkan pelajaran kepada yang lebih prioriti. Bukankah molek juga jikalau dalam usia terlalu muda sebegini dikukuhkan dengan memantapkan ilmu, akhlak dan hubungan dengan masyarakat. Jikalau sudah sampai masanya, sudah rasa berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga, barulah difikir-fikirkan tentang calon.

    Di mana Terangnya Bulan merupakan karya ke-6 penulis. Ada lagi menyusul karya ke-7 beliau iaitu Kita Hanya Di Seberang Jalan. Kawan saya, Kak Qoma terkekeh-kekeh di dalam bas membaca buku itu dan sanggup tidur lewat semata-mata untuk menghabiskan pembacaan. Aduh, jadi tidak sabar pula mahu membacanya. Woha!

Buku Pilihan

Lihat senarai penuh di laman web Baca@Ramadan