Harga: RM 22.00 / RM 25.00
ISBN-13: 978-967-5564-61-1
Tarikh Terbit: 16 Jun 2011
Jumlah Muka Surat : 320
Kategori:
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
-
Tentu Anda Ingin Tahu:
Adakah setiap jenis rawatan diakui Islam? Apakah Jenis Rawatan yang Diharamkan Islam?
Adakah Semua yang Keluar Daripada Badan Itu Najis? Apakah Hukum Berkaitan Bendalir Badan Seperti Haid dan Air Liur?
Bagaimana Orang yang Melecur ataupun Bersimen Mahu Wuduk? Sebenarnya Ada Tip Mudah Berwuduk Untuk Pesakit
Kemudahan yang Bagaimana Disediakan Untuk Mereka yang Sentiasa Dalam Keadaan Bernajis?
Apakah Keringanan yang Dianugerahkan Allah Dalam Menunaikan Solat dan Puasa?
Fikah Perubatan tidak hanya mengupas setiap hal dengan terperinci, malahan contoh-contoh dan praktikalnya dinyatakan sama. Bukan sahaja amalan itu dapat dilakukan terus kerana penerangan yang mudah, malahan turut disediakan gambarajah dan gambar perlakuan.
Selepas membaca buku ini, pasti tiada lagi keluh dan kesah kerana payahnya ibadah.
Dr. Harmy bin Mohamed Yusof adalah seorang doktor perubatan. Beliau kini bertugas sebagai ketua jabatan di jabatan perubatan keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universi Sains Malaysia, cawangan Kubang Kerian. Beliau aktif dalam lapangan awam dan pernah menjadi Presiden Pertubuhan Perubatan Ibnu Sina Malaysia serta memegang jawatan Presiden Koperasi AmalMedik Malaysia Bhd. Dr. Harmy adalah pakar dalam bidang perubatan pencegahan, khususnya dalam pencegahan merokok.
Ustaz Shamsul Kamal bin Abdullah memperolehi ijazah pertama dengan kepujian dari
Universiti Al-Azhar pada tahun 1997. Beliau kini bertugas sebagai tenaga pengajar di Politeknik Kota Bharu Kelantan. Beliau penulis kepada beberapa modul pengajian Islam dan tamadun untuk politeknik seluruh Malaysia. Ustaz Shamsul Kamal juga aktif sebagai pengamal perubatan alternatif seperti
Darusshifa’ dan perubatan berasaskan herba.
Dr. Rosediani binti Muhamad adalah pensyarah kanan dan pakar perubatan keluarga dari Pusat Pengajian Sains Perubatan,
Universiti Sains Malaysia. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Perubatan Keluarga pada tahun 2005.
Beliau menekuni masalah penyakit kronik dan kesihatan wanita. Beliau pernah mengikuti kursus dalam bidang ini di Sydney, Australia. Dr. Rosediani juga adalah penceramah untuk kursus pra-perkahwinan dan kursus penyusuan susu ibu di Kelantan.
Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah (Fiqh dan Usul Fiqh) dari University of Jordan pada tahun 1997 dan Ijazah Sarjana Syariah (Fiqh dan Usul Fiqh) dari Universiti Malaya pada tahun 2004. Beliau amat berminat dalam bidang penulisan untuk kanak-kanak dan Fikah Wanita. Beliau adalah penulis sepenuh masa dan mengajar Fikah Wanita di masjid. Beliau turut memiliki blog sendiri bertujuan menyampaikan ilmu di medan internet. Alamat blog http://keranacinta.wordpress.com.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet