Isi Kandungan
Penghargaan
Prakata
IMPAK MAKSIMA DALAM PEMBENTANGAN: Panduan Menghasilkan Pembentangan Berimpak
Bab 1
Pastikan Orang Tahu Berkenaan Pembentangan Kita 1
Bab 2
Tahu Siapa Audiens Kita
Bab 3
Tahu Apa yang Hendak Dibicarakan
Bab 4
Buatkan Mereka Ketawa
Bab 5
Penampilan Itu Penting
Bab 6
Ini Dunia Visual
Bab 7
Menyusun Atur Bilik Pembentangan
Bab 8
Segala-galanya Ada dalam Penyampaian
Bab 9
Bersiap Sedia bagi Perkara yang Tidak Dijangka
Bab 10
Seharusnya Bertambah Baik
Penutup
Mengenai Pengarang
Testimoni
Maklum balas pembaca
Sinopsis
Pembentangan yang hebat dapat memberi kesan bermakna buat ANDA! Ia dapat membuka pintu kepada peluang-peluang yang tidak perna anda bayangkan.
Buku ini mampu memberi ilham kepada anda mengusai seni menyampaikan pembentangan secara efektif dan berkesan. Tiada lagi rasa gementar dan gugup ketika pembentangan. Buku ini mengandungi tip-tip mudah lagi komprehensif bagaimana menghasilkan pembentangan cemerlang. Antara topik menarik yang dibincangkan adalah:
- Tahu siapa audiens anda
- Penampilan itu penting
- Mengurus perasaan gemuruh
- Kekuatan alat bantu visual
- Bagaimana mahu mulakan? Apa perlu saya perkatakan?
Info Penulis
Tony Soon menghadapi pembentangan pertamanya apabila beliau mengambil kelas asas komunikasi sewaktu menjadi mahasiswa di Universiti Kansas pada awal 80-an.
Apa yang beliau perhatikan dan pelajari daripada para profesornya semasa menuntut dalam tahun pertama dan kedua begitu menambat hati beliau dan membuatkannya terpesona sehinggakan beliau bertindak sendiri mempelajari teknik-teknik membuat pembentangan. Pengajian beliau di Amerika Syarikat memberikannya asas yang kukuh dalam pelbagai teknik berucap. Beliau membuat kemunculan di hadapan berbagai-bagai jenis audiens dengan menggunakan mikrofon serta alat bantu visual multimedia seperti software PowerPoint.
Setelah pulang ke Malaysia, beliau meneruskan kerjaya dengan jayanya dalam sektor pendidikan dan komersial. Beliau memperoleh banyak pendedahan dalam penulisan ucapan, penganjuran forum awam dan forum tertutup seperti seminar dan persidangan, selain daripada menyampaikan ceramah.
Beliau mempunyai pengalaman lebih 15 tahun membuat pembentangan dalam seting korporat, bilik darjah dan sebagai penceramah jemputan. Selama bertahun-tahun, Tony melatih dan memberi bimbingan khusus kepada ramai pengurus dan staf dari latar belakang berbeza dan dari pelbagai industri di Johor Bahru, tempat asalnya.
Sehingga ke hari ini, Tony masih terus belajar menghalusi teknik mengendalikan pembentangan meskipun beliau sudah menyampaikan ceramah yang tidak terkira banyaknya sebagai pensyarah di universiti dan kolej, sebagai jurucakap bagi kumpulan politik serta organisasi kerajaan, dan sebagai pengarah eksekutif syarikatnya sendiri, TCS Business Centre.
Pengarang ini adalah perancang kewangan bertauliah dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Ekonomi dan Sarjana Sains dalam bidang Latihan dan Pengurusan Sumber Manusia (Leicester, U.K.).
Buku lain oleh penulis ini
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet