Buku

Pengembaraan Empat Puteri

oleh Umi Danial

RM 23.00 / RM 26.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: 978-967-401-021-8

Muka Surat: 144

Saiz: 7x10

Tarikh Terbit: 3 Aug 2011

Kategori:

Pengembaraan Empat Puteri adalah buku cerita kanak-kanak berumur antara 10 hingga 12 tahun.

Mengisahkan empat orang puteri yang tidak ada pertalian keluarga, namun kedudukan negara mereka berdekatan antara satu sama lain.

Puteri Orkid pemalu dan tidak punya keyakinan bercakap di hadapan khalayak. Sepanjang hidupnya, dia hanya pernah bercakap dengan ayahanda, bonda, pengasuh, dan rakan karibnya, anak kepada tukang masak istana.
Puteri Mawar Kasturi puteri yang lasak dan suka bertanya. Mindanya selalu ligat berfikir. Dia juga selalu berbicara dengan bunga dan haiwan. Dia menyukai perkara yang mencabar terutamanya hal-hal yang berkaitan ilmu alam.
Puteri Seri Seroja dilahirkan dengan warna kulit yang gelap berbanding enam adindanya yang lain. Dia tidak mempunyai kawan dan menutup muka kerana malu merasakan wajahnya hodoh.
Puteri Cempaka Sastra terserempak dengan beberapa anak pembesar negara asing, di taman larangan istana. Timbul minat Puteri Cempaka Sastra mahu mengetahui lebih lanjut dan mahu mempelajari bahasa asing.

Ikuti kisah puteri berbeza personaliti dan mempunyai kebolehan istimewa yang perlu melalui pengembaraan yang mengubah hidup mereka.

  1. Puteri Orkid
    Oleh Izzah Huzaira
  2. Puteri Mawar Kasturi
    Oleh Umi Danial
  3. Puteri Seri Seroja
    Oleh Waida Yusof
  4. Puteri Cempaka Sastra
    Oleh Leen Shazmi

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024