Harga: RM 55.00 / RM 58.00
ISBN-13: 978-967-408-020-4
Tarikh Terbit: 13 Sep 2011
Jumlah Muka Surat : 736
Kategori:
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
-
Dalam Islam, perang tidak dimulakan hanya kerana mahu menunjukkan kegagahan, tidak dimulakan hanya kerana mahu mengaut keuntungan dan tidak dimulakan kerana mahu membalas dendam.
Perang adalah suci, dan perang bermula pada ketika mahu mempertahankan akidah, kerana mahu menegakkan kalimah Allah, dan kerana mahu memenangkan yang benar.Inilah novel yang menghimpunkan antara kisah-kisah perang terawal dalam sejarah Islam. Perang yang tidak dimulakan atas sebab palsu dunia, tetapi dimulakan atas sebab-sebab yang benar.
Perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar adalah Perang-Perang yang Benar.

Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954 mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre;skrip drama tv, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet