Pesona Sandora

oleh Ruhaini Matdarin

Harga: RM 18.00 / RM 20.00
ISBN-13: 978-967-5136-48-1
Tarikh Terbit: 15 Mar 2010
Jumlah Muka Surat :

Kategori: Novel Dewasa, Novel Fiksyen Sains & Fantasi

Penerbit: PTS Fortuna Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Sinopsis

Belangkas merayap di mana-mana. Histeria menghantui pelajar-pelajar sekolah. Kematian-kematian mengejut dan mengerikan. Penduduknya percaya orang asing adalah pembawa bencana.

Saniah dan Dalila, dua guru pelatih yang baru menjejakkan kaki ke provinsi itu tanpa sedar telah terheret ke dalam pergolakan yang akan menentukan jatuh bangun sebuah dunia asing.

Swastika semakin terdesak apabila salji tiba-tiba turun dari langit tropika Sandora. Apakah ia pesona yang akan menghadirkan ketenangan? Atau alamat ketibaan satu malapetaka?

Apakah yang sebenarnya terjadi di Provinsi Sandora? 
 

Info Penulis

Dilahirkan dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik, suka melancong dan membaca. Pada tahun 2006 menang tempat pertama peraduan mengarang cerpen sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kekwa, pada tahun 2008 menang Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara dan pada tahun 2009 menang tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan.

Buku lain oleh penulis ini

  • Pesona Sandora
    RM 18.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5136-48-1
    Tarikh Terbit: 15 Mar 2010

Temubual bersama penulis