Harga: RM 25.00 / RM 28.00
ISBN-13: 978-967-369-131-9
Tarikh Terbit: 13 Dec 2011
Jumlah Muka Surat : 376
Kategori: Bisnes & Pengurusan
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Memimpin Transformasi Gaya Abdul Rahman bin Auf
Resume Abdul Rahman bin Auf
Bahagian 1: Nilai
Hari Pertama - Memiliki Paradigma Kaya
Hari ke-2 - Meneroka “Jalan Sutera”
Hari ke-3 - Mengakses Maklumat yang Benar
Hari ke-4 - Berdiri Atas Kaki Sendiri
Hari ke-5 - Mencintai Rasulullah
Bahagian 2: Proses
Hari ke-6 - Membetulkan Persepsi terhadap “Wang”
Hari ke-7 - Bermula dengan Apa yang Ada di Tangan
Hari ke-8 - Hijrah Memantapkan Bisnes
Hari ke-9 - Menjadi Hebat dengan Sabar
Hari ke-10 - Syukur dengan Kedua Tangan
Bahagian 3: Strategi
Hari ke-11 - Zuhud Bisnes
Hari ke-12 - Transformasi Nama dan Jenama
Hari ke-13 - Tradisional Murabahah
Hari ke-14 - Multi Tasking Anugerah Tuhan
Hari ke-15 - Sinergi Haji dan Umrah
Bahagian 4: Quwwah
Hari ke-16 - Kayakan Waris
Hari ke-17 - Bisnes dengan Bukan Muslim
Hari ke-18 - Dekati Masjid
Hari ke-19 - Berdoa untuk Orang Lain
Hari ke-20 - Aku Nikah dengan Satu Dinar
Bahagian 5: Matlamat
Hari ke-21 - Bisnes Patuh Syariah
Hari ke-22 - Menjadi Saudagar Tuhan
Hari ke-23 - Bina Lingkungan Muakha
Hari ke-24 - Integriti dan Karismatik
Hari ke-25 - Refleksi Diri
Bonus Tambahan Untuk 5 Hari
Panduan Bisnes Sepanjang Zaman
FAQ: Salah faham Terhadap Abdul Rahman bin Auf
Lapan Amalan Takwa
“Sungguh, kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu, nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak.”
Abdul Rahman Bin Auf adalah ikon usahawan dan tokoh jutawan Islam. Apakah model bisnes dan rahsia kejayaan beliau? Buku ini akan mengupas rahsia bisnes Abdul Rahman Bin Auf bagi tatapan kita, usahawan moden dan umat akhir zaman.
- Jutawan Terkaya Pada Zaman Nabi
Abdul Rahman ditawarkan dengan harta kekayaan dan seorang isteri, tetapi beliau menolaknya dan hanya mahu tahu jalan menuju ke pasar. Beliau memulakan bisnes, memecahkan monopoli bisnes Yahudi, dan menjadi jutawan terkaya di Madinah. Nilai kekayaannya mencecah RM107 juta.
- Erti Hidup Pada Memberi
Untuk Perang Tabuk, Abdul Rahman menderma lebih daripada RM25 juta (200 dinar, 500 ekor kuda, dan 1500 ekor unta). Kekayaannya langsung tidak berkurangan bahkan Allah melipatgandakan lagi harta kekayaannya.
- Jual Pada Harga Modal Dan Tetap Untung
Abdul Rahman menjual 1000 ekor unta pada harga modal tanpa margin keuntungan. Keuntungan beliau ialah pada tali pengikat unta yang dijual sekali dengan unta sebagai nilai tambah. Beliau menjual tali itu dengan harga 1 dirham. Dalam satu hari beliau menjana keuntungan 100 dirham.
- Bisnes Diberkati Allah
Jika ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, Abdul Rahman bin Auf menjawab,
“Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit tetapi diberkati oleh Allah.”
Berbisnes di dunia, untung sampai ke syurga.

Aizuddinur Hj Zakaria merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam pengkhususan kewangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan kemudian melanjutkan pelajaran diperingkat Charted Islamic Finance Professional (CIFP) yang setaraf dengan pengajian sarjana di International Center for Islamic Finance (INCEIF.org), Kuala Lumpur. Ketika masih belajar, beliau telah membangunkan bisnes sendiri dengan memulakan perkhidmatan latihan, motivasi dan pengurusan acara. Berpengalaman luas dalam mengurus latihan dakwah dan bisnes untuk golongan korporat dan pelajar melalui SARA Creative Management. Berpegang teguh pada falsafah Abdul Rahman Auf (SARA), iaitu sahabat kepada Nabi Muhammad SAW yang hebat berniaga selepas meninggalkan harta ketika berhijrah ke Yathrib.
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet