Harga: RM 5.50 / RM 6.50
ISBN-13: 978-967-5564-79-6
Tarikh Terbit: 1 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 48
Kategori: Resipi
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
1. Triffle
2. Dadih Strawberi
3. Smootie Strawberi
4. Agar-agar Santan
5. Puding Marble
6. Puding sagu
7. Puding Cendol
8. Puding Nanas
9. Puding Coklat
10. Puding Jagung
11. Puding lapis
12. Puding Roti
13. Puding Roti Laici
14. Puding Laici Dangdut
15. Puding Buah Pic
16. Puding Buah Sos Oren
17. Puding Lapis Nescafe
18. Puding Permata Nescafe
19. Puding Roti Karamel
20. Puding Sekelip Mata
21. Puding Warna-warni
22. Puding Jagung Lapis Biskut
23. Puding Karamel Gula Hangus
Resipi Senangnya Memasak...Puding dan Desert menghidangkan 23 resipi puding dan desert yang menjadi pilihan seisi keluarga. Ia disertakan dengan gambar langkah demi langkah yang mudah dan praktikal. Resipi-resipi ini disediakan oleh Chef Hanieliza yang berpengalaman luas dalam bidang masakan. Hidangan yang disajikan bukan sahaja lazat, malah mudah dan cepat disediakan.

Chef hanieliza berasal dari Kuala Lumpur dan sudah menetap di Kerteh, Terengganu selama 26 tahun. Chef Hanieliza mula aktif dalam bidang masakan sejak berumur 26 tahun. Pengalamannya dalam bidang yang diminatinya ini amat luas. Antaranya beliau aktif menjadi guru masakan di tempat Kerteh, Terengganu selain aktif menulis resipi masakan dalam blognya (http://hanieliza.blogspot.com), dan fotopages (http://hanieliza.fotopages.com) selain aktif dalam forum masakan di internet.
Chef Hanieliza sudah menghasilkan dua buah buku iaitu Aneka Talam & Lapis pada tahun 2006 terbitan Alaf 21 dan terlibat dengan Majalah JELITA sebagai chef jemputan untuk Hidangan Pengantin pada Ogos 2007 dan Juadah Terengganu pada September 2008. Chef Hanieliza juga pernah menjadi chef jemputan untuk Majalah SAJI yang menghidangkan 23 Masakan dan Kuih-muih Terengganu pada Mei 2008. Selain itu, beliau pernah menjadi chef jemputan di TV2 dalam rancangan RENGKAS PAGI, terbitan Nafalia Corporation. Chef Hanieliza juga pernah memenangi pertandingan memasak di Dungun dan Kerteh.
Sejak Jun 2009, hingga Ogos 2009, beliau sudah menghasilkan 10 buah buku Senangnya Memasak dengan PTS Millennia Sdn. Bhd. Dalam tempoh tiga bulan sahaja, buku-buku resipinya sudah habis terjual 10 ribu naskhah dan 5 daripadanya sudah diulang cetak. Sejak menjadi penulis buku resipi Senangnya Memasak, beliau aktif dijemput bagi melakukan demo masakan di rancangan Wanita Hari Ini, TV3 dan Rancangan Nasi Lemak Kopi O, di TV9. Selain itu, beliau juga dijemput membuat demo masakan di MPH Mid Valley dan Popular Ikano sempena Pesta buku Popular. Chef Hanieliza sering menerima komen positif, ucapan tahniah dan ucapan terima kasih daripada peminat-peminat setianya termasuk pembaca yang pernah mencuba resipi-resipi dalam buku resipi Senangnya Memasak.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet