Buku klasik edisi kemas kini dan sudah disemak ini adalah buku bestseller luar biasa yang menolak mitos mengenai kaedah memulakan bisnes sendiri.
Perunding bisnes kecil dan penulis Micheal E. Gerber memiliki wawasan yang tajam hasil daripada pengalaman bertahun-tahun. Beliau menjelaskan bagaimana andaian umum, jangkaan, malah kepakaran teknikal dapat menjadi penghalang kejayaan menguruskan bisnes.
Gerber membimbing kita melangkah setapak demi setapak dalam membangunkan bisnes, dari Peringkat Awal, memasuki Peringkat Menengah yang penuh pancaroba sehingga ke Peringkat Matang.
Bahagian I: E-Myth dan Bisnes Kecil di Amerika Syarikat Bab 1. Mitos Keusahawanan Bab 2. Pengusaha, Pengurus dan Pembuat Bab 3. Peringkat Awal: Fasa Pembuat Bab 4. Peringkat Menengah: Mendapatkan Bantuan Bab 5. Di Luar Zon Selesa Bab 6. Kematangan dan Perspektif Keusahawanan
Bahagian II: Revolusi Turn-Key: Pandangan Baru Dunia Bisnes Bab 7. Revolusi Turn-Key Bab 8. Prototaip Francais Bab 9. Bekerja demi Bisnes, Bukan Bekerja dalam Bisnes
Bahagian III: Membina Bisnes Kecil yang Berjaya! Bab 10. Proses Pembangunan Bisnes Bab 11. Program Pembangunan Bisnes Bab 12. Matlamat Dasar Bab 13. Objektif Strategik Bab 14. Strategi Organisasi Bab 15. Strategi Pengurusan Bab 16. Strategi Insan Bab 17. Strategi Pemasaran Bab 18. Strategi Sistem Bab 19. Warkah buat Sarah