Umar Abdul Aziz - Bayangan khalifah al-Rasyidin

Penilaian pembaca (Keputusan daripada 15 orang pembaca):

54321

Abdul Latip bin Talib

Harga: RM 24.00 / RM 27.00
ISBN-13: 978-983-3892-52-5
Tarikh Terbit: 29 Jan 2010
Jumlah Muka Surat : 300

Kategori: Novel Dewasa, Novel Sejarah Islam

PTS Litera Sdn Bhd

Beli@Bookcafe

Buku lain oleh penulis ini

  • Tariq-Menang ataupun Syahid
    RM 23.90 / RM 26.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-192-057-2
    ISBN-10: 983-192-057-0
    Tarikh Terbit: 19 Mar 2007
  • Ikramah-Penentang Jadi Pembela
    RM 22.90 / RM 25.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-192-068-8
    ISBN-10: 983-192-068-6
    Tarikh Terbit: 16 Apr 2007
  • Hikayat Amir Hamzah (1)-Menentang Jin di Bukit Qaf
    RM 24.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-192-116-6
    ISBN-10: 983-192-116-X
    Tarikh Terbit: 07 Jan 2008

Semasa hidupnya, Khalifah Umar al Khattab selalu berdoa. “Wahai tuhanku, kurniakan aku zuriat yang menguatkan Islam.” Doa Khalifah Umar al Khattab termakbul dengan lahirnya Umar bin Abdul Aziz atau nama sebenarnya Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam bin Ash bin Umaiyah bin Abdi Syams. Ibunya bernama Laila Ummu Ashim binti Ashim bin Umar al Khattab, khalifah al Rasyidin yang kedua.

Beliau dilahirkan di Halwan pada tahun 61 Hijrah/683 Masihi. Namun pendapat yang popular mengatakan beliau lahir pada tahun 63 Hijrah/684 Masihi di Kota Madinah ketika tentera Yazid bin Muawiyah dari Damsyik menyerang kota suci tersebut. Selepas menjadi khalifah, Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna.

Keadilan yang beliau perjuangkan menyamai keadilan pada zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Umar Abdul Aziz dan mengapa dia dianggap sebagai bayangan khalifah al Rasyidin

Pendahuluan

Prolog

Bab 1: Kelahiran yang Dinantikan

Bab 2: Mekah Diserang

Bab 3: Mereka yang Bersalah

Bab 4: Mekah Diserang Lagi

Bab 5: Menantu Khalifah

Bab 6: Gabenor di Khunashirah

Bab 7: Bapa Segala Raja

Bab 8: Gabenor Haramain

Bab 9: Percubaan Menceroboh Jasad Rasulullah

Bab 10: Akhirnya Insaf

Bab 11: Aku Tidak Pernah Meminta

Bab 12: Selepas Menjadi Khalifah

Bab 13: Keadilan Seorang Khalifah

Bab 14: Surat daripada Ulama

Bab 15: Antara Dua Pilihan

Bab 16: Membasmi Amalan Bidaah

Bab 17: Memadamkan Sengketa

Bab 18: Lambaian Kaabah

Bab 19: Mengumpul Hadis

Bab 20: Ketegasan Seorang Khalifah

Bab 21: Ibadah dan Akhlak Seorang Khalifah

Bab 22: Khalifah yang Adil

Bab 23: Toleransi Khalifah Umar

Bab 24: Pemimpin Adil Negara Makmur

Bab 25: Pakatan Membunuh Khalifah Umar

Bab 26: Dialog Khalifah dengan Khawarij

Bab 27: Hilangnya Belum Berganti

Bab 28: Keajaiban

Pendapat Berkenaan Peribadi Khalifah Umar

Rujukan

Pendapat Berkenaan Peribadi Khalifah Umar

1.At-Tirmizi menceritakan yang Khalifah Umar al-Khattab berkara, “Daripada anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupaiku daripada segi keberaniannya dan memenuhkan dunia dengan keadilan."
2. Daripada Zaid bin Aslam menceritakan yang Anas bin Malik berkata, “Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah yang mana solat imam itu menyamai solat Rasulullah,meIainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah."
3. Al-Walid bin Muslim menceritakan yang seorang lelaki daripada Khurasan berkata, "Aku beberapa kali mendengar suara datang dalarn rnimpiku yang berbunyi,"Sekiranya seorang yang berani daripada Bani Marwan dilantik menjadi khalifah, rnaka berilah baiah kepadaya kerana dia adalah pemimpin yang adil". Lalu aku menanti-nanti hinggalah Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah, aku pun mendapatkannya dan rnemberi baiah kepadanya”.

Kongsi ulasan anda tentang buku ini:

Sekiranya anda sudah membaca buku ini; kami mengalu-alukan ulasan anda bagi membantu pelawat laman web ini memilih dan membuat keputusan samada membeli ataupun tidak buku ini.

Antara ulasan yang anda boleh sentuh ialah:-

  1. Kulit buku
  2. Isi kandungan/jalan cerita
  3. Bahasa

« Jangan lupa untuk beri bintang!
  1. Ali Irfan Bin Shazali
    30 Jul 2010
    8:58 AM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    Umar ibni Abd al-Aziz (682-720) ialah khalifah Ummaiyyah yang memerintah dari tahun 717 hingga tahun 720. Tidak seperti khalifahUmmayyah sebelumnya, dia dilantik ke jawatan khalifah. Dia ialah sepupu khalifah sebelumnya dan ialah anak adik Khalifah Abdul Malikiaitu Abd al-Aziz.
    Umar dilahirkan pada tahun 682. Ada dua pendapat mengenaai tempat kelahirannya iaitu pendapat pertama dia dilahirkan di Madinahmanakala pendapat kedua mengatakan dia dilahirkan di Mesir. Bapanya ialah Abd al-Aziz, Gabenor Mesir dan adik kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Umar ialah cicit kepada Khalifah kedua Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Umar Al-Khatab.
    Umar dibesarkan di Madinah dan tinggal di sana sehinggalah kematian ayahnya. Selepas itu dia dipanggil oleh Khalifah Abdul Malik keDamsyik untuk mengahwini anak Khalifah Abdul Malik, Fatimah. Khalifah Abdul Malik meninggal dunia tidak lama kemudian dan digantikan dengan anaknya Al-Walid I yang kemudian melantik Umar sebagai Gabenor Madinah. Tidak seperti gabenor terdahulu, Umar menubuhkan sebuah majlis untuk membantunya menguruskan Madinah. Ramai orang berhijrah dari Iraq ke Madinah mencari perlindungan daripada kekejaman gabenor Iraq iaitu Hajjaj ibn Yusuf. Hal ini mendatangkan kemarahan Gabenor Iraq yang kemudiannya mendesak Khalifah Al-Walid supaya memecat Umar. Walaupun mendapat bantahan penduduk Madinah, Khalifah Al-Walid terpaksa tunduk kepada tuntutan Hajjaj.
    Umar terus tinggal di Madinah sepanjang pemerintahan Khalifah Al-Walid dan Khalifah Sulaiman. Khalifah Sulaiman yang juga merupakan sepupu Umar amat mengaguminya dan melantik Umar sebagai penggantinya walaupun ditentang oleh saudara terdekatnya. Umar dengan berat hati menerima jawatan ini walaupun mencuba beberapa kali untuk mengubah keputusan Khalifah Sulaiman. Umar tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan.
    Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Beliau membahagikan tanah jajahan Ummayyah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.
    Umar juga melakukan beberapa perubahan keagamaan. Dia menghapuskan amalan menyumpah Saidina Ali Abi Talib semasa khutbah Jumaat. Khalifah Umar juga menguatkuasakan undang-undang Syariah dan menghapuskan amalan pembayaran cukai Jizyah terhadap saudara baru Islam walaupun mereka telah memeluk Islam.
    Walaupun beliau tidak berminat untuk mengembangkan empayar Ummaiyyah, beliau berjaya menumpaskan beberapa pemberontakan dan penentangan.
    Perubahan yang dilakukannya menimbulkan kemarahan golongan bangsawan Ummaiyyah yang kemudiannya merasuah seorang hamba untuk meracuni makanannya. Umar mengetahui mengenai perkara ini dan memaafkan pesalah ini. Beliau wafat pada tahun 720 di Aleppo. Beliau digantikan oleh sepupunya Yazid II.
    Hadis Nabi S.A.W
    “Allah akan mengirimkan seorang mujaddid (orang yang memperbaharui urusan agamanya) setiap seratus tahun”
    Ijtima’ ulama bersepakat mengatakan bahawa untuk kurun pertama Hijrah, Umar ibn Abd Aziz merupakan mujaddid pada kurun tersebut.
    Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Adi ibn Hatim sebelum beliau menjadi Muslim
    “Adi ibn Hatim. Barangkali yang menghalangi engkau memasuki Islam adalah dengan kemelaratan kaum muslimin. Akan tiba masanya nanti di suatu zaman di mana seluruh umat Islam tidak layak menerima zakat lantaran kekayaan yang telah mereka miliki”
    Berkata Adi ibn Hatim setelah dia menjadi seorang Muslim
    “Aku telah melihat dua perkara yang dinyatakan oleh Nabi dan aku bersumpah perkara ketiga mengenai kekayaan umat Islam pasti berlaku”
    Yahya ibn Said (salah seorang gabenor ketika pemerintahan Umar ibn Abd Aziz) menceritakan pengalamannya
    “Umar ibn Abd Aziz telah mengutus aku ke Afrika Utara untuk membahagi zakat. Lalu kucari fakir miskin di sana tetapi tiada seorang pun yang layak digelar fakir miskin. Khalifah Umar benar-benar telah menjadikan rakyatnya kaya”
    Pemimpin Bani Abbasiyyah mengatakan
    “Kami dapat menandingi kerajaan Bani Ummaiyyah dalam semua hal kecuali 4 perkara. Salah satunya ialah tiada orang seperti Umar ibn Abd Aziz dari kalangan kami buat selama-lamanya”

    Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya.
    - Umar ibni Abd al-Aziz.

  2. NABIL AHMAD
    28 Jun 2010
    8:44 PM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    KULIT BUKU

    Menampakkan salah satu watak Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang amanah dengan harta negara. Namun boleh diperbaiki lagi dengan menampilkan watak anaknya yang datang kepada kerana sesuatu hajat, lalu lampu mejanya ditutup sebelum melayan hajat anaknya itu. Apa yang kelihatan di atas ialah seolah-olah Khalifah Umar bin Abdul Aziz melaksanakan urusan kerajaan atau urusan peribadi. Mesej kezuhudan mungkin tidak sampai kepada yang tidak pernah membaca kisah hidup Khalifah Umar bin Abdul Aziz, berbanding kepada pembaca setia kisah hidupnya.

    ISI KANDUNGAN

    Novel sejarah ini menampilkan kelainan berbanding novel2 sejarah yang pernah saya baca, khususnya novel tentang Khalifah Umar ini. Adanya dialog dalam novel ini menghidupkan lagi kisah hidupnya yang suci. Dialog ini membuka satu dimensi baru dalam penulisan karya sejarah yang kerapkali dipaparkan dalam bentuk penceritaan semata-mata. Bagi yang berhasrat memimpin negara suatu masa nanti, buku ini wajar dijadikan sebahagian daripada panduan.

    Di dalam novel ini boleh dibaca tentang bagaimana Khalifah Umar ini menegakkan keadilan ke atas keluarganya, dan bagaimana beliau berdiplomasi dengan ahli keluarganya dalam soal2 pengembalian hak2 rakyat dan menghapuskan kezaliman, tanpa berganjak dari tuntutan Syarak sedikitpun.

    Di dalamnya dapat dilihat bagaimana Khalifah Umar menangani penentangan pengikut2 Syiah tanpa menumpahkan darah, dan dengan berpandukan Syarak. Bagaimana beliau menangani perbalahan dalam soal2 agama dan masyarakat.

    Dan lebih penting ialah bagaimana beliau memakmurkan negara dengan bertiupnya angin keamanan dan perdamaian, sehinggakan serigala boleh bersama dalam satu tempat dengan kambing. Juga boleh dilihat rakyat di bawah pimpinannya kaya-raya sehinggakan tidak ada yang layak menerima zakat kecuali beliau sendiri!

    Ada rakan saya mempersoalkan penggunaan dialog. Dia amat khuatir adanya nanti tokok-tambah dalam riwayat hidup Khalifah ini dan juga riwayat2 hidup Sahabat Nabi Muhammad SAW yang ditulis oleh Tuan Abdul Latip Talib ini.

    Saya berfikir sejenak tentang kebenaran kekhuatirannya, lalu saya membacanya sekali lagi. Kesimpulan yang saya selepas membacanya beberapa kali ialah buku ini selamat dibaca, selamat dari penokoktambahan fakta. Yang ingin saya sebutkan lagi ialah saya yakin yang Tuan Pengarang sudah menimbang penulisan sejarah berdialog dalam neraca Syarak.

  3. Hafiz Najmi bin Hasmadi
    24 Jun 2010
    6:06 PM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    Buku ini tidak sepatutnya dibeli dengan harga RM 24.00 kerana buku ini boleh mengubah para hartawan, pemimpin dan sebagainya. Pada mulanya, Umar bin Abdul Aziz merupakan seorang yang kaya-raya. Selapas beliau manjadi khalifah, beliau serahkan semua hartanya kepada baitumal. Malah, beliau enggan tinggal di istana seperti khalifah khalifah bani Umayyah yang terdahulu kerana dia lebih selesa tinggal di rumah yang kecil dan dibina dengan hartanya sendiri daripada tinggal di istana yang mewah. Kesimpulanya, sepatutnya sifat zuhud pemimpin agung ini dicontohi oleh pemimpin pemimpin zaman kini.

  4. Aswadhiya
    03 Jun 2010
    10:27 PM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    Buku ini mengimbas kembali kisah sejarah tokoh-tokoh Islam yang telah saya pelajari semasa sekolah menengah. Umar Abdul Aziz merupakan gabenor yang baik hati, tidak menggunakan harta kerajaan untuk kepentingan diri sendiri. Sewajarnya peribadi beliau patut dicontohi pegawai-pegawai kerajaan Malaysia.

    Ulasan bahasa

    Syabas kepada penulis, hampir kesemua buku karya Pak Latip telah saya baca.
    Kesemua buku beliau amat menarik dan tidak membosankan. Gaya bahasanya tidak sama dengan buku yang lain, yang boleh membuatkan pembaca mengantuk.

Buku Pilihan

Lihat senarai penuh di laman web Baca@Ramadan