Ahmad Fedtri Yahya

Ahmad Fedtri Yahya dilahirkan pada 2 Ogos 1981 di Pantai Remis, Perak. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Filem dan Penyiaran): Minor dalam Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia (USM).Beliau kini menjawat jawatan Penerbit Kanan di TV3. Beliau mempunyai pengalaman selama 11 tahun dalam bidang penyiaran TV. Antara program yang diterbitkan adalah Malaysia Hari Ini (MHI), Jejak Rasul, Madrasah, Khurafat, Dari Masjid ke Masjid, dan pelbagai lagi dokumentari berkonsepkan Islam dan kemanusiaan. Beliau juga aktif sebagai aktivis Puisi, penulis buku, penulis lirik, dan motivator.