Penulis

Aminuddin Baki

Aminuddin Baki dilahirkan pada tahun 1926, di Chemor, Perak. Beliau mula belajar di Sekolah Melayu Chemor, dan seterusnya melanjutkan pelajaran menengahnya di Anderson School, Ipoh. Aminuddin Baki menyambung pelajarannya ke Raffles College of Arts, di Singapura pada tahun 1947 dan lulus pada tahun 1951. Beliau pernah menjadi guru di Batu Gajah, dan di Ipoh. Pada bulan Oktober 1952, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang ilmu pendidikan di University of London dan lulus Ijazah Sarjana Pendidikan pada tahun 1953. Sekembalinya ke Persekutuan Tanah Melayu, beliau menjadi pensyarah di Sultan Idris Training College (SITC). Pada tahun 1959, Aminuddin Baki dilantik menjadi Ketua Pegawai Pelajaran di Negeri Sembilan, dan kemudian menjadi Ketua Pegawai Pelajaran di Negeri Selangor. Pada tahun 1961 Aminuddin Baki dilantik menjadi Ketua Penasihat Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu, dan meninggal dunia pada 24 Disember 1965.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024