Azizan Ramly

Gelaran
Azizan Ramly
Tahun Lahir
1986

Azizan Ramly dilahirkan pada 12 Disember 1986. Anak ketiga daripada empat adik beradik ini memulakan pelajaran di Sek. Men. Islam Al-Amin, Gombak sebelum menyambung ke S.M.K. Jalan Cochrane, Kuala Lumpur untuk peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR). Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di S.M.K. Segambut Jaya, Kuala Lumpur untuk peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Setelah menamatkan SPM, beliau kemudiannya ditawarankan penajaan pembelajaran daripada syarikat minyak negara, PETRONAS untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Petronas (UTP). Setelah tamat pengajian di UTP, beliau berkhidmat di istitusi penyelidikan berkaitan kerajaan (GLC) di Bangi, Selangor.

Minat beliau yang mendalam di dalam bidang perubatan Islam mendorong beliau untuk mula berjinak-jinak di dalam perubatan Islam sejak tahun 2008. Beliau kini aktif memberikan khidmat rawatan kepada yang memerlukan secara sukarela.