Penulis

Bazrul Bahaman

Dr. Bazrul Bin Bahaman dilahirkan pada 21 November 1965 di Kampar, Perak. Namun beliau membesar di perkampungan Melayu Mentakab Pahang dan bersekolah di bandar yang sama. Kemudian beliau menyambung pelajarannya di tingkatan enam di Sekolah Menengah Sulaiman Bentung. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Fakulti Pendidikan Universiti Islam Riau. Di situlah berguru dengan Hassan Junus, Al Azhar, U.U. Hamidy, Tenas Effendi dll. Ketika belajar di UKM, beliau berguru pada S.N. Muhammad Haji Salleh. Selanjutnya, beliau mengajar di Akademi Pengajian Melayu Universiti Melayu, dan pada masa yang sama juga beliau menyempurnakan tesis kedoktoran beliau yang bertajuk “Budaya Politik dalam Teks Historiografi Melayu”. Selepas itu beliau menjadi pensyarah di UNISEL, dan sekarang sebagai pensyarah di Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI. Dengan rasa tanggungjawabnya sebagai seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam beliau membawa dirinya ke dunia akademik dengan tumpuan pada pelbagai penyelidikan dan menganjurkan pelbagai seminar, terutama yang berhubungan dengan bahasa, sastera dan kebudayaan tradisional. Kecintaan beliau pada budaya Melayu membawa beliau bergaul mesra dengan para tukang cerita, guru-guru quran, tokoh-tokoh adat, guru-guru pondok, dan bomoh di kampung-kampung Melayu dan orang asli di Sumatera, Sabah Sarawak, dan Semenanjung. Pelbagai tulisan beliau dapat dibaca dalam pelbagai jurnal dan buku yang terbit dari Malaysia dan Indonesia, selain beberapa buah buku terbitan bersama kawan-kawan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024