Penulis

Fatimah Abdullah

Dr. Fatimah Abdullah memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera, Diploma Pendidikan dan Sarjana Sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1979 dan 1983. Beliau kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran falsafah di Universiti Malaya dan dianugerahkan ijazah Ph.D. pada tahun 1995. Dr. Fatimah Abdullah adalah Felo Penyelidik Kanan di Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya sejak Februari 2014. Beliau memulakan kerjaya sebagai tutor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1978, kemudian menjadi pensyarah pada tahun 1984, profesor madya pada tahun 2000 di jabatan yang sama. Pada tahun 2002 beliau telah berpindah ke Program Kerja Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Beliau bersara mulai Jun 2010. Sejak 2000 beliau menjadi pensyarah sambilan untuk pelajar program Sarjana Kerja Sosial Perubatan, Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024