15 Julai Sebagai Hari Demokrasi dan Perpaduan Negara di Turki - Recep Tayyip Erdogan

oleh Asri Yussof pada 17 Jul 2017

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah memberi ucapan yang beremosi kepada puluhan ribu orang yang hadir sempena ulang tahun setahun selepas percubaan rampasan kuasa yang berlaku pada setahun lepas, pada sabtu lalu, 15 Julai 2017.

turki

Erdogan memuji mereka yang hadir dalam acara perarakan dan perhimpunan tersebut, termasuk ahli parlimen, yang mempertahankan demokrasi dan kerajaannya.

Hampir 250 orang mati dan 2,196 cedera melawan percubaan rampasan oleh puak tentera pada 15 Julai tahun lepas. Kerajaan Turki telah mengambil tindakan keras terhadap pendukung kudeta dengan pemecatan lebih daripada 150,000 pegawai dan penahanan kira-kira 50,000 orang.

turk

Rampasan dari pihak tentera itu gagal kerana beberapa sebab, termasuk kekurangan sokongan dalam pihak yang berjawatan tinggi dalam angkatan bersenjata dan kekurangan sokongan politik serta rakyat Turki.

buku erdoganKlik di sini untuk membeli buku ini

Pada malam 15 Julai tahun lalu, Erdogan hampir ditahan semasa beliau bercuti di resort Aegean, tetapi beliau sempat meninggalkan resort tersebut dan rampasan itu telah digagalkan oleh orang awam sendiri dan tentera yang setia kepada presiden.

"Orang-orang pada malam itu tidak mempunyai senjata, mereka mempunyai bendera dan yang lebih penting, mereka mempunyai iman mereka," katanya kepada ribuan penyokong.

Pembersihan kelompok yang menentang kerajaan Erdogan masih lagi giat dilakukan. Sehingga Jumaat lepas, lebih daripada 7,000 pekerja dibuang kerja

Beliau berkata: "Saya bersyukur kepada semua rakyat Turki yang mempertahankan negara mereka."

Feto

Tambah beliau lagi, “250 orang telah kehilangan nyawa mereka pada malam 15 Julai tahun lalu yang dilakukan untuk tanah air mereka - telah memenangi masa depannya (syahid).

Erdogan juga berkata beliau telah bercakap dengan Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim mengenai puak yang mencuba untuk rampasan kuasa, berkata: "Apabila mereka muncul di mahkamah, mari kita tunjukkan mereka dalam pakaian seragam seperti di Guantanamo."

Guantanamo adalah Kem tahanan penjara tentera Amerika Syarikat yang terletak dalam Pangkalan Tentera Laut Teluk Guantanamo. Disebut juga dengan Guantánamo atau GTMO, yang terletak di Guantánamo Bay di Cuba.

Erdogan menamakan jambatan di Istanbul sebagai Jambatan Para Syahidin pada sabtu lalu sebagai tanda memperingati mereka yang telah mati di situ pada malam 15 Julai tahun lalu.

turki

Beliau berkata pada malam rampasan kuasa itu, "Turki telah menunjukkan kepada seluruh dunia sebagai sebuah negara yang kuat."

Tarikh 15 Julai telah diisytiharkan sebagai cuti tahunan yang dipanggil Hari Demokrasi dan Perpaduan Negara.

Sumber: BBC