Artikel
Penulis Skrip Drama Korea Goblin Dibayar $88,500 - 7 Penulis Skrip Drama Korea Dapat Bayaran Lumayan
oleh Asri Yussof pada 17 Jul 2017
Karyawan yang mendapat bayaran yang tinggi akan menghasilkan karya yang berkualiti. Kepada yang mengikuti drama-drama Korea tentu tahu yang drama Korea sangatlah berkualiti jika nak dibandingkan dengan drama di Malaysia. Malah, di Korea, Drama lebih bagus daripada filem.
Kebanyakan drama Korea begitu spesifik dan detail. Jika anda pernah menonton filem-filem yang berkaitan doktor, mereka bukan seperti drama kita di Malaysia yang keluar daripada bilik pembedahan dan berkata ‘Anak Puan tidak dapat diselamatkan’. Memang lawak, tetapi itulah hakikat drama kita di Malaysia. Atau ada yang dipaparkan sekadar bergaya seperti doktor tapi kandungan tidak menurut perubatan yang betul seperti yang dikritik oleh Dr. Khairul Hafidz dalam bukunya Pena & Picagari.
Mungkin kita tidak boleh salahkan sepenuhnya kepada penulis skrip, keranan bayaran mereka sangatlah sedikit. Salah seorang penulis skrip yang tidak mahu dirinya dikenali memberitahu, bayaran menulis skrip drama tidak lebih daripada RM 2000. Teori bayaran sikit maka hasil karya tidak berkualiti mungkin sangatlah logik. Drama kita tiada ‘idea asal’ daripada penulis skrip, kerana semuanya diadaptasi daripada karya novel tangkap leleh.
Saya cabar kepada pengarah drama dan rumah produksi untuk adaptasi novel trilogi, Aristokra, Wizra dan Kesatria karya Ahmad Patria Abdullah. Kalau tak mampu juga, memang sebenarnya industri tv kita asyik berputar pada roda yang sama dan tiada hasrat untuk menghasilkan karya yang berkualiti untuk anak bangsa. Hakikatnya penerbit dan pengarah tidak membaca karya sastera.
Kepada yang mengutuk Korea dengan lambakan industri muzik k-pop. Mungkin anda boleh cuba untuk bermula menonton drama korea. Anda boleh cuba mana-mana drama yang ditulis oleh penulis skrip yang disenaraikan di bawah. Mereka antara yang mendapat bayaran yang lumayan.
1. Kim SoohyunBeliau dibayar lebih daripada 100,000,000KRW setiap episode ($88,500). Skrip drama yang beliau hasilkan antaranya, Childless Comfort, Mom's Dead Upset, Precious Family.
Beliau dibayar bermula dengan serendah 100,000,000KRW ($88,500) selepas drama Descendants of The Sun. Drama yang skripnya dihasilkan oleh beliau seperti drama Goblin dan A Gentleman's Dignity.
Bayaran beliau juga sama, bermula dengan 100,000,000KRW ($88,500) selepas beliau skrip drama beliau You Who Came From The Star meletup popular di Korea. Drama lain yang mendapat sentuhan skrip beliau antaranya, My Husband Got a Family, You Who Came From The Stars dan The Legend of The Blue Sea.
Beliau dibayaran sebanyak 50,000,000KRW setiap episod ($44,250). Karya beliau antaranya: Signal, Sign dan Ghost.
Beliau dibayar lebih daripada 50,000,000KRW untuk setiap episod ($44,250). Skrip drama beliau antaranya, Jumong, Lights and Shadows, General Hospital.
Beliau dibayara lebih daripada 50,000,000KRW untuk setiap episod ($44,250). Drama beliau antaranya, Beautiful Gongshim, King of Ambition, Mister Q
Beliau mendapat bayaran melebihi 30,000,000KRW untuk setiap episod ($26,550). Drama popular beliau antaranya: Chief Kim, Good Doctor, God's Quiz.