5 Cara Yang Membolehkan Anda Membaca Buku Digital (e-book)

oleh Asri Yussof pada 12 Jul 2017

Semalam, kami menyiarkan survey tentang 78% pembaca dan pembeli buku di Malaysia masih gemarkan buku bercetak berbanding buku digital (e-book). Mungkin segmen buku digital belum menarik perhatian pembaca di Malaysia walaupun harga e-book lebih murah berbanding buku bercetak.

Servis e-book dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis;

  • Pay Per Download (PPD)

  • Subscription

  • Meminjam dari perpustakaan digital (elibrary)

  • Self publish platform yang menawarkan pembacaan secara percuma.

Dalam artikel kali ini, kami ingin menyenaraikan di mana anda boleh membeli e-book. Mungkin ini langkah pertama untuk anda cuba membaca buku di ipad, telefon pintar atau komputer. Adakah stigma anda terhadap e-book akan berubah selepas ini?

1. Google Play Books

googl play

Google Play Books adalah perkhidmatan pengedaran e-book digital yang dikendalikan oleh Google. Pengguna boleh membeli dan memuat turun e-book. Mereka menawarkan lebih daripada 5 juta judul. Google mendakwa mereka merupakan "koleksi e-book terbesar di dunia". Anda boleh memuat naik sehingga 1,000 e-book dalam format fail PDF atau EPUB. Google Play Books sudah tersedia di 75 negara.

2. e-sentral.com

e-sentral

e-sentral berpusat di malaysia dan merupakan pemain paling lama yang mempunyai katalog e-book lokal yang paling banyak, melebihi 10 ribu tajuk. Kelebihan utama e-sentral ialah tawaran novel cinta dan tajuk-tajuk penerbit indie yang paling komprehensif. E-book yang dibeli dari e-sentral, boleh dibaca di ios, Android, Windows dan juga browser.

3. Kakibuku.com

kaki buku

Mereka yang disebalik tabir KAKI BUKU terdiri daripada ulat buku, hantu buku, penggila buku dan pembaca kompulsif. Ada yang terlibat secara langsung dalam industri penerbitan dan industri buku dan mereka tahu bagaimana dunia sebenar industri buku Malaysia berfungsi. Mereka dari kalangan penerbit dan penulis.

4. Book Capital

book capital

Book Capital dimiliki oleh Perbadanan Kota Buku. Walaupun Book Capital masih lagi baru untuk dibandingkan dengan e-sentral tetapi mereka mempunyai katalog yang agak komprehensif. Book Capital menggunakan khidmat white label dari e-sentral untuk membina kedai e-book mereka dalam masa yang pantas.

5. Lazada E-book

lazada ebook

Awal Mac tahun ini, Lazada Malaysia telah mengatasi Lazada Singapura untuk menjadi platform e-dagang yang berkembang pesat di Asia Tenggara. Ketua Eksekutif Lazada, Hans-Peter Ressel, berkata Lazada Malaysia mencatatkan peningkatan jualan 100% untuk 2016. - lapor The Star

Di bawah label Lazada E-books, mereka mempunyai katalog hampir 4000 tajuk untuk kita pilih.

"Ada suatu masalah pembeli e-book dari platform yang telah tutup. Mereka menghadapi masalah untuk mengakses e-book yang mereka telah beli. Pustaka e-book mereka akan lupus bila platform yang digunakan tutup. Ini adalah isu fundamental dengan platform e-book" - tulis Arief Hakim Sani, Pengarah Urusan PTS Media Group, dalam blog beliau sebelum ini.

Tambah beliau, Platform e-book yang ditawarkan oleh syarikat Telco umumnya telah tutup. Beberapa tahun lepas, Maxis hadir dengan 'ebuuk' - sudah tutup. Platform yang didokong oleh Celcom, iaitu 'bachabooku' juga telah tutup baru-baru ini.

Dalam survey PTS yang dibuat di media sosial baru-baru ini, pembaca ada menyentuh tentang perkhidmatan yang ditawarkan dari Kindle. Untuk buku-buku lokal, kita belum dapat akses untuk membaca melalui Kindle. Tetapi untuk tajuk-tajuk antarabangsa, kami menyarankan untuk anda mencuba Kindle.

kindle

Bateri Kindle mampu bertahan berhari-hari malah berminggu-minggu jika penggunaan rata-ratanya adalah 1-2 jam perhari. Melalui teknologi e-ink yang dikembangkan oleh Amazon, kita dapat rasa seperti membaca kertas bercetak.

Skrin putihnya seperti kertas yang asli. Teknologi Kindle sudah mencegah bagaimana membaca Kindle akan mengurangkan kesan keatas penglihatan.

Artikel seterusnya kita akan membincangkan mengenai e-library (elib) yang dikendalikan Perpustakaan Negara Malaysia. Paling menarik, perpustakaan di setiap negeri sudah membangunkan perkhidmatan elib ini. Nantikan.