Bagaimana Lelaki Yang Pernah Bekerja Sebagai Pencuci Tandas Ini Berubah Menjadi Motivator Terkaya

oleh Nor Fatin Amira Salleh pada 10 Oct 2017

Pasti tiada yang dapat menduga seorang gelandangan yang merempat di jalanan tiba-tiba tinggal di mahligai yang indah seperti istana.

Mesti ramai yang akan berfikiran bahawa perkara itu agak mustahil. Namun, pandangan skeptikal orang ramai mengenainya sebenarnya adalah salah. Hal ini kerana manusia semulajadi mempunyai kuasa yang tidak terbatas untuk memastikan dirinya berjaya.

Mungkin kedengarannya agak tidak logik dan seakan-akan fantasi di layar lakonan. Tetapi ramai yang membuktikan bahawa ia tidak mustahil. Tiada sesiapa juga menyangka seorang yang bekerja sebagai pencuci tandas berjaya menjadi jutawan pada umur yang masih muda. Anthony Robbins berjaya mengeluarkan diri beliau daripada kepompong kegagalan dan kemiskinan hanya pada usia 25 tahun.

Anthony Robbins

Bukan hanya jutawan sendirian, malah beliau turut membawa orang lain ke dunia kejayaan melalui buku karangannya dan hasil sentuhan seminar yang diadakan. Menerusi buku Unlimited Power yang diterbitkan buat kali pertama pada tahun 1986, beliau menyelak sisi sebenar kuasa minda yang dapat memberi impak luar biasa dalam menterjemahkan kejayaan kepada diri seseorang.

Unlimited Power Anthony Robbins

Buku ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan masih mendapat sambutan sehingga sekarang. Mungkin sebabnya adalah kerana kredibiliti beliau sebagai seorang motivator yang mendapat bayaran paling mahal di dunia. Bukan sekadar retorik, namun apa yang disampaikan Anthony dalam buku ini adalah sangat praktikal bagi mereka yang ingin mengubah diri ke arah kehidupan cemerlang dan melonjakkan diri ke landasan terbaik.

MENARIK: 5 Buku Evergreen Sepanjang Masa

anthony robbins pts media group

Buku yang tebalnya lebih daripada 500 muka surat ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu, Membentuk Model Kecemerlangan, The Ultimate Success Formula, dan Kepimpinan: Cabaran Kecemerlangan. Dalam bab-bab utama tersebut, Anthony memperluaskan skop perbincangan dengan pecahan kepada 21 bab yang turut merangkumi tajuk Kuasa Keadaan, 7 Muslihat Kejayaan, Keajaiban Hubungan baik, dan Kuasa Ketepatan.

Anthony Robbins

Agak mustahil untuk saya kongsikan kesemua teknik yang terdapat dalam buku ini. Jadi saya ingin mengambil satu contoh tentang apa yang dikongsi di dalamnya. Satu tajuk yang saya kira paling menarik adalah, Bagaimana Mencungkil Strategi.

MENARIK: Adakah Kita Mampu Mengubah Tabiat Lama Demi Mencapai Kejayaan?

Dalam bab ini, Anthony yang juga pengamal Neuro Linguistic Programming (NLP) mendedahkan bagaimana untuk mencungkil strategi seseorang, kuncinya adalah dengan mengetahui bahawa orang itu akan memberitahu kita semua hal yang kita perlu tahu berkenaan strategi mereka. Terdapat tiga cara bagaimana mereka akan menyatakannya iaitu melalui perkataan, cara gerak tubuh badan dan cara menggunakan mata.

#MyCyberSale

Klik di sini untuk mendapatkan buku-buku dari Anthony Robbins sempena jualan murah #MyCyberSale

Sebelum mencungkil strategi seseorang,  kita juga mesti tahu sistem gambaran utama (neurologi) mereka yang terdiri daripada visual, auditori mahupun kinestetik. Kecenderungan seseorang terhadap sistem mana yang lebih mereka cenderung dapat kita perhatikan dengan pantas hanya melalui pemerhatian dan pendengaran.

Itu adalah sedikit intipati yang dibahaskan dalam buku ini. Mungkin anda merasakan ia cuma sebuah buku motivasi seperti kebanyakan yang ada di lambakan pasaran, namun saya yakin isi yang dibahaskan Anthony lebih berkesan jika kita sendiri bertindak dengan kuasa yang ada.

Pesta Buku Lelong Putrajaya

Ya, kuasa yang ada pada diri kita sangat berkuasa jika kita dapat menguasainya. Sebagaimana yang beliau katakan “Tiada apa yang dapat menguasai diri saya melainkan kuasa yang saya beri secara sedar melalui minda saya.” Dengan memaksimumkan kuasa minda yang ada padanya, tidak hairanlah beliau dapat berada pada tahap sekarang.

Jadi kalau anda rasa ingin mengubah diri anda menggunakan kuasa minda tanpa batasan sila ketahui teknik-teknik lain yang terdapat dalam buku ini.