Unlimited Power adalah berkenaan bagaimana menggunakan dan mengendali anugerah Tuhan yang paling berharga, iaitu minda kita bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup. Anthony Robbins dengan ikhlas hati sudi berkongsi pelbagai teknik kawalan minda yang dapat membawa perubahan kepada diri kita dan juga orang lain di sekeliling kita. Setiap penyakit ada ubatnya, begitu juga setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.
Encik Robbins berkongsi pelbagai kaedah bagi menangani masalah pembelajaran, masalah perniagaan, masalah di tempat kerja, dan ketagihan rokok. Terdapat juga cara bagi menghadapi ketakutan, fobia, mengawal perasaan marah, masalah dalam perhubungan, masalah kesihatan, kegemukan, pemakanan, masalah motivasi, dan pelbagai lagi.
Buku ini perlu dibaca dan dihadamkan secara perlahan-lahan. Pembaca disaran mencuba sendiri kaedah dan teknik yang diajar secara berulang kali. Dengan cara ini, pembaca dapat menguasai dan menikmati kesan dan manfaatnya. Buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat masyarakat, guru, kaunselor, majikan, konsultan bisnes, pengurus, pentadbir awam, ahli politik, pengurus sumber manusia, dan ahli perniagaan. Di samping itu, ia sesuai intuk jurulatih motivasi dan sukan, ibu bapa, pelajar universiti, pekerja, serta sesiapa sahaja yang berminat mahu memperbaiki diri sendiri dan orang-orang di sekeliling mereka.
Penghargaan
Prakata oleh Kenneth Blanchard, Ph.D.
Pengenalan oleh Sir Jason Winters
Pengantar Penterjemah
Seksyen I: Membentuk Model Kecemerlangan
Bab 1: Komoditi Raja-Raja
Bab 2: Perbezaan yang Membawa Perubahan
Bab 3: Kuasa Keadaan
Bab 4: Melahirkan Kecemerlangan: Kepercayaan
Bab 5: Tujuh Muslihat Kejayaan
Bab 6: Menguasai Minda: Bagaimana Mengendali Otak
Bab 7: Sintaks Kejayaan
Bab 8: Bagaimana Mencungkil Strategi
Bab 9: Fisiologi: Jalan Menuju Kecemerlangan
Bab 10: Tenaga: Penjana Kecemerlangan
Seksyen II : The Ultimate Success Formula
Bab 11: Melepasi Had Batasan: Apakah yang Kita Mahu?
Bab 12: Kuasa Ketepatan
Bab 13: Keajaiban Hubungan Baik
Bab 14: Perbezaan yang Unggul: Metaprogram
Bab 15: Bagaimana Mengendali Penentangan dan Menyelesaikan Masalah
Bab 16: Mengubah Kerangka Minda (Reframing): Kuasa Perspektif
Bab 17: Menambat Kejayaan
Seksyen III: Kepimpinan: Cabaran Kecemerlangan
Bab 18: Hierarki Nilai: Penilaian Muktamad Kejayaan
Bab 19: Lima Kunci Kekayaan dan Kebahagiaan
Bab 20: Mencipta Trend: Kuasa Pujukan
Bab 21: Hidup Cemerlang: Cabaran Manusia
Glosari
Robbins Research Institute