Artikel

Peperangan Antara Dua Empayar: Tunas Super- Clash of Crown

oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman pada 14 Apr 2015

Siapa yang bermain Clash of Crown (CoC), angkat tangan?
Pasti ramai. CoC memang permainan yang cukup terkenal sekarang. Bukan orang muda sahaja menggilai CoC, orang tua pun dua kali lima sahaja.

Buku yang ditulis Farhan Hakimi ini pun, namanya CoC. Clash of Crown.

Membaca CoC ini sama seronok dengan permainannya?

Dalam kisah CoC ini, Panglima Hanafiah diculik oleh Kerajaan Kestantis. Khalid, anak Panglima Hanafiah yang masih remaja, bertekad untuk menyelamatkan ayahnya. Pun begitu, dalam menembusi benteng Kerajaan Kestantis bukanlah mudah.

Bagi berjaya, Khaled perlu menjadi seorang panglima kepada Empayar Al-Azwar, seperti ayahnya!

Kisahnya soal perang juga seperti permainan CoC. Cuma bezanya, dalam buku ini, perang besar akan berlaku antara Empayar Al-Azwar dan Kerajaan Kestantis. Persoalannya: Mampukah Khaled menjadi Panglima Empayar Al-Azwar? Mampukah dia menyelamatkan ayahnya?

Akhirnya, mampukah Empayar Al-Azwar mengalahkan Kerajaan Kestantis?



Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024