Artikel

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014 (PBAKL 2014)

oleh Helmi pada 31 Dec 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 (PBAKL  2014) kali ke-33 akan diadakan pada 24hb April – 4hb Mei 2014, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia.

Kali ini PBAKL 2014 bermula pada hari Khamis, bukannya pada hari Jumaat seperti kebiasaan tahun-tahun lepas. Satu lagi perkara yang menggembirakan, PBAKL 2014 akan berlangsung selama 11 hari. Terdapat satu hari tambahan diberikan untuk tahun ini bagi menggantikan satu hari yang dibatalkan pada tahun lepas kerana bertembung dengan Pilihan Raya Umum 2013. 

Seperti kebiasaan setiap tahun, ARENA BUKU PTS akan berada di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC. Pelbagai tawaran diskaun hebat, buku-buku terbaru, dan kombo buku terpilih akan disediakan khusus untuk para pembaca kesayangan PTS.

Dari semasa ke semasa, PTS akan mengemas kini maklumat terbaru mengenai PBAKL 2014. Dapatkan update terkini di laman Facebook rasmi PTS: https://www.facebook.com/bukupts

Jemput datang beramai-ramai ke ARENA BUKU PTS. Ingat buku, ingat PTS, “Buku untuk Semua”.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024