Artikel

Sebarkan Ilmu bersama Jerry D. Gray @ Arena Buku PTS

oleh Masliza Nawi pada 22 Apr 2013

Keterujaan untuk menyambut pesta buku kali ini akan bertambah dengan kedatangan seorang yang boleh digelar  pengkhianat negara sendiri kerana telah menghasilkan buku yang menjatuhkan maruah Amerika yang bersekongkol dengan Yahudi serta PBB. Beliau adalah  Jerry D. Gray wira yang sanggup menggadaikan nyawanya demi membongkar rahsia-rahsia jahat  pihak berkenaan.

Deadly Mist ialah garapan pedas oleh Jerry D.Gray yang mendedahkan segala kejahatan yang kuasa dunia itu lakukan demi mengaut keuntungan. Antaranya mereka yang mencipta virus dan mereka juga yang mencipta vaksin sebagai penyembuh untuk menunjukkan kehebatan mereka di mata dunia.

Mahu tahu lebih lanjut tentang penulis dan buku ini? Peminat semua dijemput bertandang ke PBAKL 2013 bertempat di Arena  Buku PTS pada hari Sabtu 27 April ini dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Jadi kepada semua peminat, catatkan di dalam kalendar peringatan masing-masing supaya tidak terlepas peluang yang datang jarang-jarang ini ya. Jumpa di sana!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024