Artikel

Kuali PTS @ Arena Buku PTS PBAKL 2013

oleh Masliza Nawi pada 22 Apr 2013

Ini adalah peluang terbaik untuk menjamu selera selain dapat mempelajari teknik masakan yang betul. Pada hari Ahad, bersamaan 24 April 2013 akan berlangsung aktiviti Kuali PTS @ Arena Buku yang pastinya diminati oleh setiap lapisan masyarakat iaitu demonstrasi masakan.

Selain daripada mempromosikan masakan dalam buku resepi masing-masing, tiga orang chef ini akan menunjukkan teknik memasak yang betul. Mereka adalah Chef Hussin,  Siri Hidangan Lengkap Sehari (Isnin- Ahad),  Chef Hanieliza, 50 Hidangan Menambat Selera,  dan Chef Fazalina, Resipi Kontemporari: Mi, Mihun dan Kuetiau dan  Resipi Kotemporari: Makan Malam Romantis.

Setiap Chef akan memasak salah satu resipi daripada buku mereka. Jadi PTS akan merahsiakan dahulu resepi yang bakal dimasak oleh chef-chef berkenaan, jika peminat sekalian mahu mengetahui resepi apakah yang akan disediakan, silalah bertamu ke Arena Buku PTS untuk sama-sama merasai keenakan masakan chef-chef PTS. Jemput datang!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024