Sungguh, saya rasa teruja apabila dikhabarkan ketiga-tiga buku, iaitu Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (THMSI), Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (TDMHE), dan 50 Tip Motivasi Haji (50TMH) hasil karya bersama PTS akan diterbitkan semula sebagai buku tunggal. Ia memberi makna mendalam kepada perjalanan kehidupan saya bersama pembaca.
Tentu sekali saya masih terkenang bagaimana teragak-agaknya hati dan perasaan ketika menghulurkan manuskrip THMSI kepada Puan Ainon Mohamad (Pengerusi PTS) pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007. Sepatah komen beliau, “Buku ini akan memberi kesan motivasi besar kepada khalayak pembaca.” Beliau menolak rasa tidak yakin kepada keperluan menerbitkan buku ini.
THMSI adalah sejarah. Proses penulisannya melalui pelbagai tahap dalaman yang tidak mampu saya catatkan secara terperinci. Ada ketikanya air mata menitis tanpa paksaan. Ada ketikanya saya tersenyum sendirian. Namun, rasa tunduk dan patuh kepada-Nya melingkari hari-hari bersama rasa hati yang sentiasa bersyukur dengan pengalaman yang membuka sempadan iman.
TDMHE adalah catatan pasca haji. Ia ditulis ketika hati masih terawang-awang dengan keinginan mahu menjadi manusia terbaik di sisi-Nya. Ia ditulis sejurus pulang dari Makkah dan Madinah. Saya mempunyai keinginan yang jelas, seperti mahu sentiasa menunaikan solat berjemaah di masjid, bangun malam, berpuasa sunat, membaca Al-Quran dan terjemahan, serta membersihkan hati. Ia permintaan dan permohonan kepada-Nya terlangsung bermula ketika hati resah gelisah mengenangi kisah-kisah lampau. Ini sebagaimana catatan dalam THMSI.
Rasa ini yang melahirkan 50TMH. Ia adalah THMSI yang dipermudahkan. Khalayak pembaca mungkin bersama-sama merasai travelog haji dengan melihat bagaimana seorang profesor yang tidak pandai membaca Al-Quran mengenal huruf dan menamatkan bacaan selepas sebulan lebih berada di Makkah. Malah, ramai yang teruja membaca bagaimana saya menghabiskan bacaan terjemahan Al-Quran dalam tempoh enam hari semasa berada di Madinah. Namun, catatan yang dipersembahkan kepada khalayak bukan soal emosi semata-mata. Ia mengandungi pelbagai falsafah yang mampu dipertimbangkan oleh bakal jemaah haji.
Akhirnya, ketiga-tiga buku ini, iaitu THMSI, TDMHE, dan 50TMH bersifat kesalingan. Mengumpulnya dalam buku tunggal membawa manfaat kepada khalayak pembaca, terutamanya mereka yang mengenali saya selepas tujuh tahun penghasilan buku THMSI. Kesukaran mencari ketiga-tiga buku serentak menjadikan penghasilan buku ini menjadi relevan.
Prakata Penulis xv Buku 1 Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman 1 Catatan Pengarang 3 Kata Pengantar 7 Prakata Penulis 9 Prolog 15 Aroma Haji 19 Aku Manusia Jahil 22 Kad Jemputan 25 Rahsia Satu Jemputan 30 Konsep Haji 32 Jalan Pintas Ke Syurga 38 Surat untuk Menteri 41 Siapa akan Menjaga Anak? 44 Pemeriksaan Kesihatan 47 Bertaubat di Florence 52 Tolol dan Tongong 56 Cik Bedah, Kamu di Mana? 58 Ujian Wak Lampu 60 Mencari Keistimewaan 63 Jangan Hantar ke Kelana Jaya 67 Hotel Ekhwah 70 Universiti Baitullah 73 Ajaibnya Bumi Makkah 82 Tolong Jaga Ibu Saya 87 Malaikat Ataupun Wali Allah 90 Hadiah untuk Ibu 96 Berkongsi Saf 99 Strepsil di Masjidil Haram 104 Hajarulaswad 107 Maal Hijrah di Makkah 111 Kuat dan Bertenaga? 117 Teori Saf 120 Talbiah 122 Sesat di Arafah 125 Wukuf 128 Sejuknya Muzdalifah 132 Pergerakan Haji Tamatuk 136 Jamratul Aqabah 138 Tua di Mina 142 Khatam Quran 144 Ya Allah, Aku Mahu Tidur 149 Rokok di Makkah 151 Membeli-belah 154 Selamat Tinggal Makkah 158 Nasi ataupun Solat? 161 Madinah Bumi Aman 164 Tuhan Lebih Mengetahui 167 Sehelai Jubah Seribu Makna 170 Dua Jam di Raudhah 173 Selamat Tinggal Madinah 177 Haji Mabrur 182 Cabaran Sebenar 184 Haji Daud Tanjung Karang 188 Surau Kondo Kemuncak 190 Tulis Kisah Saya 194 Kerinduan 197 Lintasan Hati Seorang Ibu 202 Bukalah Pintu Hatiku 206 Dia yang Hampir 211 Astaghfirullah 213 Lampiran 1: Doa yang Panjang 215 Lampiran 2: Laluan Melontar 223 Lampiran 3: Laluan Hajarulaswad 226 Lampiran 4: Gambar Kenangan 229 Bibliografi 235 Buku 2Travelog Dakwah:Menanti Hari Esok 237 Berdakwah 238 Ketentuan Allah 242 Terima Kasih 246 Dia Berkuasa 249 Kematian 252 Menyaksikan Kematian 255 Solat Berjemaah 260 Mari Solat Berjemaah 262 Pemandu 265 Dia ADAlah Segala-galanya 269 Maha Mendengar 273 Solat Dhuha 276 Iktikaf 280 Redha 285 Imam Tarawih 289 Tidak Lama 294 Dakwah untuk Eksekutif 298 Golf 302 RM1, Tidak Mengapa 306 Manusia Lemah 309 Berdoa Apabila Mampu 313 Hebat? 317 Maha Pengampun 321 Hidup Semula 324 Ph.D. 328 Mencari Makna 332 Al-Ma’thurat 336 Ayah, Doakan Saya 340 Buat Anak yang Ditinggalkan 343 Cakap dan Amal 347 Hari Kiamat 350 Perjalanan Yang Tinggal 356 Buku 3: 50 Tip Motivasi Haji 361 Tip 1: Terbuka Hati & Minda 362 Tip 2: Apabila Hati Terbuka 366 Tip 3: Terbaik di sisi Allah 369 Tip 4: Kematian 373 Tip 5: Ia Hanya Sekali 377 Tip 6: Berubah 380 Tip 7: Berdoa 383 Tip 8: Bertaubat 387 Tip 9: Memahami Asas Haji 390 Tip 10: Falsafah Haji 394 Tip 11: Belajar Istiqamah 398 Tip 12: Menduakan Allah 402 Tip 13: Mencari Tenaga 406 Tip 14: Tuan Haji 409 Tip 15: Tiada Siapa yang Tertinggal 412 Tip 16: Dua Kali Ganda 415 Tip 17: Ajari Mereka 418 Tip 18: Tidur Masa Malaysia 421 Tip 19: Membuat Pilihan 424 Tip 20: Mengatur Jadual 427 Tip 21: Aku Selamat 430 Tip 22: Cinta Mendalam 434 Tip 23: Madinah 437 Tip 24: Tidak Sihat 441 Tip 25: Jangan Tipu Allah 444 Tip 26: Tandas 447 Tip 27: Takut pada Ramai 450 Tip 28: Berpuasa Tahap Tinggi 454 Tip 29: Mengingati Allah 458 Tip 30: Cucu Tok Kenali 461 Tip 31: Menjaga Hubungan 464 Tip 32: Berbuat Baik 468 Tip 33: Uzur Seorang Wanita 472 Tip 34: Pakaian 475 Tip 35: Beg Pakaian 478 Tip 36: Doakan Mereka 481 Tip 37: Mata, Telinga, dan Lidah 484 Tip 38: Rakan Sebilik 487 Tip 39: Wuduk 490 Tip 40: Aurat 494 Tip 41: Menuntut Ilmu 498 Tip 42: Shopping 501 Tip 43: Cenderamata Istimewa 504 Tip 44: Berniaga 507 Tip 45: Tiada Lepak-Lepak 511 Tip 46: Merokok 514 Tip 47: Rujukan 517 Tip 48: Manusia Sibuk 521 Tip 49: Jangan Terlalu Bersuka Ria 524 Tip 50: Ilmu Bermanfaat 528 Penulis 533