Penulis

Prof-Kamil-3

Muhd Kamil Ibrahim

Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan daripada Universiti Taibah, Madinah Al-Munawwarah, Arab Saudi. Beliau pernah menjawat sebagai Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 2003 hingga 2011. Anak kelahiran Besut, Terengganu pada 19 Mei 1964. Berkelulusan PhD daripada Universiti Wales, Sarjana daripada Universiti Dundee, Sarjana Muda dan Diploma daripada UiTM.

Beliau berpengalaman luas sebagai pentadbir akademik UiTM kerana pernah memegang jawatan Dekan Fakulti Sains Sukan, Timbalan Pengarah UiTM Johor, Ketua Program Perakaunan, Ketua Pusat Pendidikan Luar dan Pegawai Khas kepada Naib Canselor. Beliau adalah pengasas dan Pengarah Financial Reporting Research Center (FRRC) yang menjalankan kerja-kerja penyelidikan kepakaran bidang.

Dr Muhd Kamil adalah penulis buku kreatif PhD: Kecil tapi Signifikan, Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. Beliau juga menulis buku kepakaran bidang seperti Value Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia dan Corporate Social Responsibility in Malaysia. Beliau juga menulis lebih 400 rencana dipelbagai media massa.

Blog beliau di http://muhdkamil.org adalah ruang beliau menulis tentang Kehidupan Ringkas tapi Signifikan dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Beliau berkeluarga, beristerikan Raudzah Roslan dan mempunyai empat cahaya mata.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024