Artikel

PTS Pop dan Komik-M Meriahkan Sabtu@PTSBookcafe

oleh Roziyah pada 22 Jul 2011

Sabtu@PTSBookcafe sekali lagi menemui peminat buku tempatan yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada 23 Julai ini.

Lebih menarik, kali ini PTS membawakan artis-artis hebat yang bernaung di bawah Komik-M dan PTS Pop.

Antara penulis dan artis komik yang akan hadir bagi memeriahkan Sabtu@PTSBookcafe termasuklah Farihah Iskandar, Reja, Tembakau, Bop dan ramai lagi.

Jangan ketinggalan datang ke Bookcafe pada Sabtu ini 23 Julai 2011 bagi menemui penulis kesayangan tuan dan puan. Melalui aktiviti ini, peminat berpeluang mendapatkan tandatangan, bergambar dan beramah mesra dengan penulis kesayangan tuan dan puan.

Selain itu, Sabtu@PTSBookcafe juga menawarkan diskaun hebat serta promosi wakaf buku bernilai RM100, RM200, RM300 dan RM500 sempena Ramadan ini.

Sertai Sabtu@PTSBookcafe yang bertempat di No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor, bagi mendapatkan buku-buku terkini dan menarik daripada PTS.

Layari di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut lokasi Bookcafe.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024